www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pelajar perubatan UMS cedera jatuh dari tingkat 10 ke tingkat 7 ketika ambil tuala

0 month ago, 07-Nov-2018



KOTA KINABALU - Seorang pelajar perubatan wanita dipercayai patah kedua kakinya selepas terjatuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman wanita Blok D 1Borneo Universiti Malaysia Sabah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pelajar perubatan berumur 21 tahun tersebut dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika hendak mengambil tuala mandi yang dijemur di koridor kediaman berkenaan.


Loading...
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, rakan kolej pelajar terbabit, yang melihat mangsa terjatuh bergegas meminta pertolongan daripada polis bantuan di kediaman berkenaan.

"Mangsa yang dikenali sebagai Lee Miao Lynn dan berasal dari Pulau Pinang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Likas dan berada dalam keadaan sedar serta stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kecederaan lain dialami mangsa belum dapat dikesan kerana pihak hospital belum menjalankan pengimbasan terhadap mangsa. - Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts