www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pelajar Melayu dari SJK(C) mendapat 8A dalam UPSR termasuk subjek Bahasa Cina

0 month ago, 07-Dec-2018


JOHOR BARU-Pencapaian dan kejayaan Nurin Imanina Lee Roslan adalah patut dibanggakan kerana dia adalah salah seorang daripada pelajar Melayu yang mendapat pencapaian terbaik dari sekolah Cina. Murid berusia 12 tahun dari SJK (C) Foon Yew 1 tersebut mendapat 8A untuk pemahaman dan penulisan dalam subjek Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris, Matematik dan Sains.Selain menghadiri sekolah Cina pada waktu pagi, Nurin juga hadiri kelas agama antara jam 3:30 petang hingga 6:30 petang, lima hari seminggu. "Saya memberi perhatian penuh kepada guru saya di kelas dan juga menghabiskan masa untuk mengulang kaji bersama rakan-rakan saya," kata Nurin.(Nurin (kiri) bersama kawan baiknya,Evangeline (kanan) menunjukkan slip keputusan UPSR mereka)Anak sulung daripada tiga beradik, Nurin berkata dia bukan sahaja merancang untuk meneruskan sekolah menengah Cina tahun depan tetapi juga bercita-cita mahu melanjutkan pengajian di China. "Saya berharap dapat menjadi doktor," katanya.Nurin, yang ibunya berbangsa Cina dan bapanya berbangsa Melayu, berkata ibu bapanya menyokong dan menasihatinya supaya jangan mudah berputus asa.Ibunya, Ivy Amirah Balqis Lee, yang menjalankan bisnes butik di Larkin, berkata anak perempuannya mampu imbangi pengajiannya di sekolah Cina dan agama. "Kami mahu dia menguasai Bahasa Cina," katanya sambil menambah bahawa satu-satunya kelas tuisyen anak perempuannya hadiri adalah Bahasa Cina.Ivy memuji guru-guru di sekolah anaknya di atas dedikasi mereka untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam peperiksaan mereka. Rakan sekelas Nurin dan merupakan kawan baiknya, Evangeline Tan Kai Xuan juga berjaya memperoleh 8A dalam UPSR. Evangeline, yang suka menari balet dan piano, berkata dia terpaksa mengatur masa aktiviti seharian dan mengulang kaji pelajaran. "Saya juga gemar membaca dan suka membaca buku-buku sejarah dan fantasi," kata Evangeline.Evangeline turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Piano Antarabangsa Kingsburg di China bulan lepas.Sebagai pencinta haiwan,Evangeline bercita-cita menjadi doktor haiwan. "Saya sangat prihatin apabila menonton dokumentari tentang haiwan yang dieksploitasi untuk organ mereka di seluruh dunia," katanya.: The Star 

Pelajar Melayu dari SJK(C) mendapat 8A dalam UPSR termasuk subjek Bahasa Cina Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts