EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pelajar Malaysia sudah boleh ke luar negara tanpa kelulusan Jabatan Imigresen

0 month ago, 16-Sep-2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kerajaan memutuskan agar pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran atau mendaftar sebagai pelajar baharu, kini tidak lagi memerlukan kelulusan permohonan Jabatan Imigresen Malaysia.

kredit foto: Bernama

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya, golongan itu hanya perlu menunjukkan surat tawaran institusi berkenaan, atau kad pelajar sedia ada.

“Kita dimaklumkan, Jabatan Imigresen telah membenarkan pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran, atau mendaftar sebagai pelajar baharu terus boleh keluar negara tanpa perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Imigresen.

“Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan bukti sewaktu diperiksa oleh Jabatan Imigresen. Kepada pelajar baharu, tunjukkan surat tawaran daripada universiti yang berkaitan.

Bagi pelajar yang hendak menyambung pengajian ke luar negara, tunjukkan kad pelajar saja,” katanya lagi.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, ibu bapa atau keluarga yang ingin mengiringi pelajar terbabit juga turut dibenarkan, tetapi jumlahnya dihadkan kepada dua orang sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 24 Julai hingga 14 September, 2020, seramai 29,054 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa.

Daripada jumlah berkenaan, 10,414 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 75 hotel dan 8 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta.

“71 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 18,569 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya lagi.

Mengenai bekalan barangan keperluan harian, Ismail Sabri berkata, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 771 premis perniagaan termasuk peruncit (580), pemborong (163) dan pengilang (28).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,654 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,629 premis mematuhi SOP yang ditetapkan. 25 premis pula diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” katanya lagi.

: Awani

Pelajar Malaysia sudah boleh ke luar negara tanpa kelulusan Jabatan Imigresen first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...