EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pelajar Ikut Kelas Renang Secara Online, Siap Guna Pakaian Lengkap Cuit Hati Ramai

0 month ago, 10-Jun-2021

Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19, sebahagian aktiviti yang melibatkan pengumpulan orang ramai telah disekat. Ianya termasuklah sektor pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya.

Untuk memastikan setiap daripadanya dapat diteruskan seperti biasa, cara yang paling berkesan adalah dengan menjalankannya di atas talian.

Kelas fizikal tapi dionlinekan

Seperti yang dikongsi seorang lelaki di TikTok @abdulmuhaimin_esw, dia dan sekumpulan rakannya sedang mengikuti kelas seperti biasa.

Namun yang menarik perhatian adalah ia merupakan kelas renang yang dijalankan secara online.

@abdulmuhaimin_esw

ODLs things.. Kelas fizikal tapi dionlinekan . Terimalah dari kami student pendidikan pjk. ##uitm ##uitmpuncakalam ##fyp

? original sound Abdul Muhaimin

Siap pakai baju lengkap

Menerusi video itu, setiap daripada pelajar itu memakai pakaian renang beserta peralatan yang lengkap sewaktu kelas sedang berlangsung.

Apa yang mengundang dekah netizen adalah aksi mereka melakukan gaya renang di atas katil dan juga lantai bilik dengan penuh gigih.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pendekatan baru untuk menjalankan kelas itu. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama.

Tak boleh nak brain

Seronok buat dengan kawan

Pernah lalui pengalaman sama

Pernah kawad dalam bilik. Reda je la.. Netizen



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...