www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Guan Eng: Pelabur asing yakin kerajaan PH diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

0 month ago, 08-Dec-2018


Lonjakan pelaburan langsung asing [FDI] membuktikan kerajaan PH yang diterajui PM Dr Mahathir diyakini pelabur, kata Lim Guan Eng Foto Free Malaysia Today
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan menyambut baik penarafan terbaharu serta keyakinan agensi penarafan antarabangsa, Moodys Investor Service (Moodys) semalam terhadap potensi Malaysia mencatat pertumbuhan yang teguh walaupun terpaksa berdepan cabaran semasa.

Loading...
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut menyambut baik langkah Moodys mengekalkan penarafan bagi hutang terbitan mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar senior Malaysia pada tahap A3 dan prospek juga kekal stabil.
Pengekalan penarafan ini dicapai walaupun mereka (Moodys) mengambil kira kekuatan fiskal Malaysia menurun dengan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan kurang 2.8 peratus pada 2021, akibat skandal-skandal korupsi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.
Kerajaan menyedari cabaran ekonomi ini dan akan mengambil langkah untuk mengatasinya dalam masa tiga tahun untuk mengembalikan Malaysia kepada landasan betul.

Keyakinan Moodys terhadap potensi pertumbuhan Malaysia yang teguh, pasaran modal domestik yang dalam, kerangka institusi kukuh termasuk keberkesanan dasar monetariyang mantap, kesemua ini memberi kesan kredit positif padu, katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Moodys yakin prospek ekonomi Malaysia didorong infrastruktur yang dibangunkan dengan baik, kekayaan sumber semula jadi serta sektor pembuatan dan perkhidmatan berdaya tahan secara global dalam jangka panjang.
Mengulas perkara itu, Lim berkata, ini dibuktikandengan peningkatan mendadak eksport pada Oktober 2018 yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh sebulan iaitu RM96.4 bilion manakala lebihan dagangan sebanyak RM16.3 bilion.
Perkembangan positif ini berlaku selepas pengumuman Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa pelaburan langsungasing (FDI) yang diluluskan bagi sektor pembuatan melonjak sebanyak RM35 bilion atau 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 berbanding RM14.0 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, katanya.
Menurutnya, apa yang lebih mengagumkan adalah jumlah keseluruhan FDI yang diluluskan bagi sektor pembuatan bagi tempoh Mei sehingga September 2018 adalah RM35 bilion berbanding RM7.3 bilion bagi tempoh sama pada tahun lalu.
Lonjakan sebanyak RM27.7 bilion atau 379 peratus itu sebagai bukti peningkatan keyakinan pelabur asing terhadap kepimpinan baharu diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas peralihan kuasa secara aman pada 9 Mei lalu, katanya. Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts