EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

11 pekerjaan paling berbahaya di dunia, sentiasa tanggung risiko tetapi pendapatan agak lumayan

0 month ago, 20-Nov-2020

Kehidupan seseorang menjadi lengkap sekiranya mereka bekerja. Dalam menempuh alam pekerjaan, seseorang berhak memilih untuk bekerja dengan mudah dan mendapat upah yang sedikit atau berusaha keras serta berkemahiran tinggi untuk mendapat upah yang tinggi.

Antara semua pekerjaan dengan melibatkan upah yang dikira agak tinggi atau lumayan itu adalah pekerjaan berbahaya di dunia seperti berikut:

#1. Pekerja pembinaan

Pexel

Walaupun dengan langkah keselamatan yang ketat, pekerjaan ini masih amat berisiko dan berbahaya. Anda mungkin perlu membawa bahan binaan yang berat ke atas rangka bangunan pencakar langit yang tinggi, sambil menanggung risiko ditimpa besi atau dinding konkrit yang runtuh menimpa tubuh badan.

Purata gaji tahunan pekerja pembinaan adalah sekitar USD31,000 (RM127,000) hingga USD70,000 (RM287,000).

#2. Pekerja penghantaran cepat

Pexel

Anda mungkin berfikir apa yang berbahayanya menjadi pekerja penghantaran cepat? Tetapi bayangkan, jika anda menghantar piza kepada seorang pemabuk, menyerahkan bungkusan atau dokumen penting kepada seorang yang sedang marah atau paling malang ke tangan penjenayah, anda berkemungkinan menjadi mangsa ragut, rompakan, serangan, dipukul atau dibunuh.

Rata-rata gaji tahunan pekerja ini adalah sekitar USD27,000 (RM111,000) hingga USD35,000 (RM143,000).

#3. Penunggang lembu atau Bull Rider

Pixabay

Pekerjaan yang sangat popular pada akhir tahun 1990-an. Ketika itu, selagi seorang itu dapat menunggang seekor lembu menggila selama lebih 8 saat, maka dia akan memperolehi banyak wang di samping menjadi bintang popular. Namun pekerjaan ini amat berisiko dan berbahaya. Menurut statistik, kalangan penunggang lembu yang pernah melalui 15 tunggangan deras atau lebih, mungkin mengalami peristiwa besar seperti gegar otak dan patah tulang.

Purata gaji tahunan seorang Bull Rider ialah USD107,000 (RM438,500).

#4. Jurupandu gunung

Pexel

Menakluki gunung tertinggi adalah impian ramai orang, maka lahirlah pekerjaan baru yang dipanggil mountain guide atau jurupandu gunung.Tugas mereka bukan sahaja untuk memimpin perjalanan pendaki tetapi juga membawa peralatan berat dan menyelesaikan banyak latihan profesional demi memastikan keselamatan para pendaki sentiasa terjamin.

Purata gaji tahunan jurupandu gunung ini adalah sekitar USD70,000 (RM286,860).

#5. Jurutera pembuatan cip pemprosesan

Pexel

Komputer dan telefon pintar mempunyai cip pemprosesan di dalamnya. Namun kerja membuat cip pemprosesan sebenarnya sangat berbahaya, kerana pelbagai bahan kimia berbahaya seperti arsenik dihasilkan semasa proses pembuatannya. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keguguran, kecacatan kelahiran, penyakit berkaitan pernafasan dan kanser.

Purata gaji tahunan seorang jurutera yang mengeluarkan cip pemprosesan ialah USD61,000 (RM250,000).

#6. Wartawan perang

The University of Auckland

Wartawan perang mempertaruhkan nyawa sendiri untuk menyampaikan berita dan cerita sebenar ketika berada di dalam medan peperangan, dengan risiko tinggi mereka mungkin diculik, diseksa dan dibunuh. Dalam medan peperangan, pihak lain tidak semestinya mengetahui anda adalah seorang wartawan, jadi mereka tanpa bertimbang rasa mungkin memperlakukan anda sebagai seorang musuh.

Rata-rata gaji tahunan wartawan perang adalah sekitar USD36,000 (RM150,000).

#7. Pekerja pelantar minyak

Selain bekerja di luar pesisir, pekerja ini bertanggungjawab menggali minyak yang kadangkala perlu bekerja berterusan selama 16 jam dalam projek pemasangan, bahkan mereka tidak dapat tidur selama satu atau dua hari. Mereka juga mungkin berisiko mengalami kebakaran, letupan minyak, lemas di lautan, atau secara tidak sengaja terjebak tubuh badan ke dalam mesin gerudi lalu mengakibatkan kematian.

Gaji tahunan pekerja pelantar minyak adalah sekitar USD70,000 (RM286,860) hingga USD140,000 (RM573,720).

#8. Penggusti buaya

Penggusti buaya mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melakukan persembahan berbahaya seperti meletakkan anggota tubuh badan mereka ke dalam mulut buaya atau bermain dengan ekor buaya. Buaya yang tidak dapat dikawal atau tiba-tiba mengamuk mungkin boleh membaham penggusti buaya.

Gaji mereka dikatakan sekitar USD8.00 (RM32.78) sejam.

#9. Penebang balak

Pexel

Pembalakan adalah salah satu industri paling berbahaya di dunia, dengan kadar kematian 20 kali lebih tinggi daripada industri lain. Kerana anda harus bekerja dengan mesin berat setiap hari dengan kebanyakan kematian disebabkan oleh kerosakan mesin atau maut dihancurkan oleh pokok balak yang besar.

Purata gaji tahunan penebang balak adalah sekitar USD36,000 (RM148,000) hingga USD41,000 (RM168,000).

#10. Nelayan laut dalam

LOIC VENANCE/AFP via Getty Images

Pekerjaan nelayan laut dalam amat berisiko dan berbahaya kerana mereka mungkin sentiasa menghadapi cuaca buruk, atau mengalami kerosakan peralatan tangkapan ikan dan kemalangan lain ketika berada di tengah lautan dalam yang bergelora.

Purata gaji tahunan nelayan laut dalam ialah sekitar USD30,000 (RM123,000).

#11. Pengekstrak racun ular

Racun ular mempunyai banyak fungsi dan paling penting untuk tujuan penyelidikan perubatan atau pengeluaran antivenom. Walaupun dengan langkah keselamatan yang tinggi, proses pengambilan racun ular sangat berbahaya. Hampir kebanyakan kakitangan pengeluar bisa beracun pernah digigit ular.

Gaji tahunan pengekstrak racun ular adalah sekitar USD30,000 (RM123,000).

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...