Pekerja warga Bangladesh didakwa sebabkan kematian rakan senegara
0 month ago, 19-Sep-2023
Pekerja warga Bangladesh didakwa sebabkan kematian rakan senegaraBERITA SEMASA 19 SEPTEMBER 2023Seorang pekerja kebun pisang warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa atas tuduhan membunuh rakan senegaranya dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Mokul Hossain, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari. Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Hossen Md Monowar di sebuah lot di Jalan Kuak, Pekan Kuak, Lenggong antara jam 7 petang hingga 8 malam pada 8 September lalu. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 20 Oktober depan bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Lenggong untuk lantikan jurubahasa. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279733/berita/semasa/warga-bangladesh-didakwa-bunuh-rakan-senegaraMuzik: www.bensound.com#BeritaMojo#SinarHarian #BeritaSemasa#SinarTerkiniBerita terkini: https://www.sinarharian.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/sinarharianTwitter: https://twitter.com/SinarOnlineInstagram: https://www.instagram.com/sinarharian/Tiktok: https://www.tiktok.com/@sinarharianon...Telegram: https://t.me/SinarHarianOfficialYouTube: https://www.youtube.com/c/SinarHarianTVCopyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.