Pekerja Asing Kantoi Sorokkan Minyak Masak Paket Patutlah Selalu Habis
0 month ago, 15-Sep-2023
Kenaikan harga minyak masak kini amat membimbangkan rakyat kerana harga yang diletakkan amatlah diluar jangkaan. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap pelanggan sahaja, bahkan pembekal di kedai-kedai turut menghadapi masalah yang sama apabila mereka kekurangan sumber minyak masak yang diperoleh kerana sentiasa tidak mencukupi untuk dijadikan stok di kedai, lagi-lagi minyak paket 1 kilogram yang sering direbuti ramai.
Warga Asing Kantoi Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kaum Mereka
Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang pengguna memuat naik video pekerja warga asing di sebuah pusat beli belah terkenal di Malaysia yang ditangkap menyorokkan minyak masak berpaket untuk kegunaan kaum-kaum mereka. Video tersebut memaparkan pekerja-pekerja yang bertugas menjaga kaunter di premis tersebut kelihatan terdiam dan takut kerana beberapa pelanggan mula menaikkan suara.
Walaupun begitu, kegiatan pekerja-pekerja asing yang kantoi menyorokkan minyak masak berpakset 1 kilogram belum dapat dipastikan bagaimana cara mereka melakukan semua kegiatan tersebut.
Warga Malaysia Tak Ada Minyak, Untuk Warga Asing Je Ada
Menurut video yang dimuat naik oleh @bonsaiseller itu lagi, beliau bertindak merakam suasana sekeliling bagi menularkan isu ini sambil memberitahu lokasi kejadian terjadi. “Warga Malaysia takda minyak, warga asing je ada”, luahnya dalam keadaan marah.
Reaksi Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan tidak adil kerana minyak subsidi adalah milik orang Malaysia, dan bukanlah milik orang warga asing.



Kredit: TikTok @bonsaiseller
Pekerja Asing Kantoi Sorokkan Minyak Masak Paket – “Patutlah Selalu Habis” Bawang Rangers.