EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pejabat PAS Agih 4900 Bekas Bubur Lambuk Percuma

0 month ago, 18-May-2020

KUALA TERENGGANU Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) mengagihkan sebanyak 4900 bekas bubur lambuk secara percuma sepanjang Ramadan tahun ini.

Pengarah Program, Mohd Al Ghazali Abu Bakar berkata, pada Isnin 11 Mei, tiga periuk (450 bekas) dan Rabu 13 Mei, sebanyak lima periuk (750 bekas) telah diedarkan kepada orang ramai.

hari ini (18 Mei) sebanyak lapan periuk bersamaan 1200 bekas dan in shaa Allah pada Rabu (20 Mei) sebanyak 10 periuk bersamaan 1500 bekas lagi akan di edarkan di Jalan Sultan Omar, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat BPPNT pada hari ini.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memyumbang dan bertungkus lumus menjayakan program kebajikan itu.

terima kasih kepada semua YB PAS yang menyumbangkan belanja dan para petugas, kakitangan pejabat serta Jabatan Amal yang menyumbangkan tenaga menjayakannnya, kata beliau.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...