www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Peguam terkemuka, Shafee abdullah dibicara 8 julai atas pertuduhan ubah wang haram

0 month ago, 17-Apr-2019


   Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan lapan hari bermula 8 Julai untuk perbicaraan kes peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh 8 Julai hingga 11 Julai dan 15 Julai hingga 18 Julai ketika pengurusan kes hari ini.

Loading...

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan dan pihak peguam bela yang diketuai peguam Harvinderjit Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap tarikh berkenaan.

Pada 13 Sept tahun lepas, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Sebelum ini, Muhammad Shafee gagal dalam usaha untuk mencabar pelantikan Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya.- Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts