EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pegawai PDRM tidur dalam khemah di luar rumah demi melindungi keluarganya sekiranya dia terkena jangkitan semasa menjalankan tugas

0 month ago, 22-Mar-2020

Ketika kita mengikuti arahan perintah untuk duduk sahaja di rumah, pihak penguasa sibuk menjalankan tugas untuk memastikan rakyat Malaysia tidak keluar rumah tanpa sebab yang munasabah.

Seorang pegawai polis yang bertugas setiap hari bertindak untuk tidur di dalam khemah di luar rumahnya sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penyebaran virus terhadap keluarganya sekiranya dia dijangkiti Covid-19 ketika bertugas.

CHINA PRESS

Menurut China Press, polis berkenaan akan pulang ke rumah setiap malam namun tidak akan masuk ke dalam rumah sama ada untuk mandi atau makan.

Beliau akan melakukan segalanya di luar rumahnya termasuklah mandi dan tidur di dalam khemah demi mengurangkan kebarangkalian keluarganya terkena jangkitan virus.

Gambar Hiasan/Facebook

Beliau juga berharap kepada sesiapa yang tengah membawa keluarga mereka keluar atau keluar bersama kawan-kawan agar berhenti mementingkan diri sendiri dan duduk di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pegawai PDRM tidur dalam khemah di luar rumah demi melindungi keluarganya sekiranya dia terkena jangkitan semasa menjalankan tugas Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...