Pegawai jpj dirempuh mat rempit cuba lari roadblock
0 month ago, 17-Sep-2023
SEORANGanggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dilanggar seorang penunggang motosikal yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) pada Ahad.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, ketika kejadian anggota terbabit sedang menjalankan tugas pemeriksaan di SJR di sebuah jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Penunggang motosikal berkenaan cuba melarikan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa tiada lesen memandu dan tiada insurans kenderaan.
Menerusi video berdurasi lima saat itu memaparkan anggota terbabit terpelanting dan terhantuk di kepala akibat rempuhan itu.
Malah, penunggang motosikal tersebut turut dilihat terjatuh sebelum dia ditahan beberapa anggota JPJ yang lain.
Turut tular satu video memaparkan anggota yang tercedera itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.