EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pegawai bomba antara 7 ditahan curi kerbau guna penembak pelali

0 month ago, 08-Jun-2021

TUJUHlelaki termasuk seorang pegawai bomba ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes curi kerbau di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Tronoh.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kejadian disedari pemilik haiwan berkenaan yang berumur 60 tahun selepas terdengar bunyi letupan ketika membuat rondaan di ladang miliknya pada 8.30 pagi sebelum ternampak tiga suspek yang bertindak melarikan diri sebaik terlihat pengadu.

Dengan bantuan beberapa orang yang lain, ketiga-tiga suspek dapat ditangkap di hadapan ABPM Tronoh dan suspek kemudiannya membawa pengadu masuk semula ke dalam hutan dan menunjukkan tempat kerbau yang dicuri dan ditambat.

Pengadu mengecam kerbau berkenaan adalah miliknya yang telah hilang dan terus bertindak menghubungi pihak polis, katanya seperti dilapor BERNAMA.

Mohamad Roy berkata hasil siasatan lanjut, pihak polis menahan empat lagi suspek termasuk seorang penjawat awam yang juga pegawai bomba berusia 46 tahun dan pelajar Kolej Vokasional berumur 18 tahun.

Katanya siasatan awal mendapati, kumpulan terbabit menjalankan kegiatan curi kerbau dengan menggunakan penembak pelali dan haiwan itu ditambat sebelum dibawa keluar menggunakan lori.

Dengan penahanan itu, kami turut merampas dua kenderaan, satu laras aluminium, jarum pelali, tali guni, satu botol ubat ketamil dan combistress serta empat unit handy talkie yang digunakan bagi menjalankan kegiatan itu, katanya.

Mohammad Roy berkata berdasarkan semakan, seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau antaranya merusuh.

Polis akan mendapatkan tempoh tahanan reman hari ini (Selasa) bagi siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, katanya.



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...