EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pedofilia Kanak-Kanak : Dua Lelaki Didakwa Ke Mahkamah

0 month ago, 21-Nov-2020

Baru-baru ini seorang pekerja am kilang telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang bernama Mohd Irwan Ramli berusia 23 tahun itu mengaku tidak bersalah.

Mempunyai empat video

Tertuduh yang berasal dari Kemaman, Terengganu didakwa memiliki empat salinan video yang disimpan dalam iPhone 7 Plus miliknya ketika polis membuat pemeriksaan di jalan berhampiran Lorong Sekilau 58 di sini pada 7.20 petang, 4 November lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh menanggung ibu ayah yang sudah uzur

Pada prosiding itu, peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM12,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan tertuduh memperoleh pendapatan bulanan RM1,100 yang turut digunakan untuk menanggung ibu bapa yang uzur.

Siti Aminah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Melakukan amang seksual terhadap kanak2 lelaki

Di mahkamah sama, seorang penjaja air, Rahim Mohamad berusia 47 tahun pula dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun pada 1 tengah hari 25 Oktober lalu di pondok pengawal keselamatan di Jalan Gebeng 1/11.

Walau bagaimanapun, tertuduh turut mengaku tidak bersalah.

Tertuduh turut dibenarkan memberi jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi kes pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Disember ini.

Pedofilia Kanak-Kanak : Dua Lelaki Didakwa Ke Mahkamah Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...