EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pecah Rekod Terbaru, Taylor Swift Lebih Hebat Daripada Michael Jackson!

0 month ago, 26-Nov-2019

Taylor Swift dengan mudahnya memintas rekod yang dipegang mendiang lagenda muzik, Michael Jackson. Acara American Music Awards 2019 yang berlangsung semalam menyaksikan Taylor meraih enam trofi.

Taylor berjaya menggondol trofi termasuk kategori utama iaitu Artist of The Year, Favorite Music Video, Favorite Female Artist Pop/Rock, Favorite Album Pop/Rock, Favorite Artist Adult Contemporary dan Artist of the Decade.

Kemenangan ini menjadikan jumlah trofi keseluruhan yang dimenangi Taylor sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi ialah 29 buah trofi. Taylor berjaya mengatasi rekod yang dipegang Michael Jackson sebanyak 24 trofi.

This year for me has been a lot. Its been a lot of good, its been a lot of really complicated, kata Taylor yang menewaskan calon lain untuk kategori Artist of The Year seperti Drake, Ariana Grande, Halsey dan Post Malone.

The last year of my life has had some of the most amazing times and also some of the hardest things Ive gone through. I wanted to thank you so much for being the thing that has been a constant in my life.

Sebagai rekod, Taylor juga telah memenangi kategori Artist of The Year di American Music Awards sebanyak lima kali pada tahun 2009, 2011, 2013, 2018 dan juga tahun ini.

Foto: instagram.com/taylorswift


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic


loading...