www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Cuba pecah masuk rumah walaupun perbuatannya dirakam, lelaki ini sempat senyum sinis sebelum dibawa ke balai polis

0 month ago, 07-Dec-2018


Seorang lelaki melakukan tindakan di luar jangkaan apabila tetap mengambil keputusan untuk memecah masuk sebuah rumah meskipun dia menyedari rumah tersebut berpenghuni. Insiden yang mengejutkan ini dilaporkan berlaku pada 5 Disember lalu di sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut laporan China Press, penghuni rumah berkenaan yang merupakan seorang wanita sedang bersama dengan seorang rakan apabila menyedari seorang lelaki berpakaian seperti pekerja penghantaran barang cuba untuk memecah masuk rumahnya sekitar jam 1.30 tengahari.

Wanita tersebut mendakwa suspek menyanyi dengan kuat dan membuatkan dia menyangka itu adalah suara jirannya. Namun, wanita ini menyedari bahawa jirannya itu telah keluar bekerja lantas mengambil keputusan untuk keluar ke ruang tamu bagi melihat apa yang telah berlaku.

Pada ketika itulah dia melihat suspek sedang cuba mencapai tombol pintu masuk rumahnya melalui tingkap yang terbuka. Meskipun terkejut, wanita ini segera mengunci pintu rumah dan terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian.

Difahamkan suspek lelaki berkenaan sentiasa tersenyum semasa sedang disoal siasat oleh pihak polis. Malah, dia turut menipu dan menyatakan bahawa dia bekerja sebagai penghantar barang. Suspek kemudian dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.

Namun menurut wanita ini, sewaktu pihak polis sedang membawa suspek pergi dari rumahnya, suspek itu sempat melihat tepat ke mata wanita itu dan menunjukkan senyuman yang sinis.

Khuatir dengan keselamatan dirinya serta orang lain, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan video tersebut ke media sosial Facebook bagi memberi peringatan kepada orang ramai.

:World of Buzz,China Press

Cuba pecah masuk rumah walaupun perbuatannya dirakam, lelaki ini sempat senyum sinis sebelum dibawa ke balai polis Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts