EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pecah guna kapak

0 month ago, 26-Nov-2019

BERLIN: Polis Jerman menyiarkan rakaman kamera keselamatan menunjukkan dua pencuri memecahkan cermin pameran sebelum melarikan koleksi barangan kemas abad ke-18 di muzium negeri di Dresden.

Kecurian barangan kemas bernilai AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion) pada Isnin lalu itu juga dianggap sebagai rompakan paling besar dalam sejarah moden.

Dalam rakaman berkenaan dua suspek berpakaian hitam menggunakan kapak untuk memecahkan kotak pameran.

Polis memberitahu, mereka sebelum itu membakar panel elektrik berhampiran muzium yang mematikan penggera dan juga lampu jalan.

Walaupun bekalan elektrik terputus, kamera keselamatan masih berfungsi dan merakamkan detik-detik pencuri itu beraksi.

Keseluruhan kejadian berlangsung selama beberapa minit, kata polis dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta Audi A6 yang kemudiannya ditemui terbakar di pinggir bandar itu.

Antara barangan berharga yang dilarikan termasuklah sebilah pedang yang dihiasi dengan sembilan berlian besar dan 770 berlian kecil serta busur yang dihiasi 662 berlian.

Sehingga kini identiti kedua-dua pencuri itu belum dikenal pasti.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...