EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PBAPP selesaikan isu air di SPS, 24 jam lebih cepat dari KPI SPAN

0 month ago, 22-Nov-2020

GEORGE TOWN Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berjaya menyelesaikan isu bekalan air tidak berjadual di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dalam masa 24 jam, kata Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa.

Beliau berkata tempoh penyelesaian itu adalahlebih cepat daripada petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu 36 jam jika melibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan saluran paip antara 200 dan 600mm.

KPI tersebut adalah terpakai untuk semua pemegang lesen perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia malah masalah bekalan air di SPS baru-baru ini tiada kaitan dengan kerja-kerja berjadual PBAP. Tiada gangguan bekalan air berjadual pada malam perayaan Deepavali seperti yang didakwa dan PBAPP menyifatkan notifikasi awal kepada umum adalah tidak relevan dalam isu tersebut.

Harap maklum bahawa PBAPP tidakmemotong air tanpa notifikasiseperti yang dinyatakan dalam sebuah laporan akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan pada 15 Novlalu, katanyadalamkenyataan hari ini.

Beliau berkatapada mulanya, kakitangan PBAPP memeriksa semua saluran paip utama di kawasan yang terjejas, tetapi tiada kejadian paip pecah yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Siasatan selanjutnya menunjukkan peningkatan penggunaan air pada 11 Nov lalu menyebabkan pam air di rumah pam Wellesley dan Sungai Duri terhenti secara automatik apabila air tidak mencukupi untuk mengepam.Usaha dimulakan oleh kakitangan PBAPP untuk mengalihkan bekalan air ke rumah pam ini, katanya.

Beliauberkatakakitangan PBAPP kemudian bekerja semalaman untuk membersihkanair lockdi saluran paip 450mm di sepanjang Jalan Sungai Duri dan kerja-kerja tersebut telah selesai pada12.30 tengah malam13 Nov2020.

Pada jam 8 pagi (13 Nov2020), PBAPP menemui satu lagiair lockberhampiran saliran saluran paip bekalan air utama ke Taman Nibong Jaya. Udara dilepaskan melalui pencucian hidran dan bekalan air dipulihkan di kawasan tersebut mulai jam 8.30 pagi, katanya.

Menurutnya, sebagai solusi jangka panjang, PBAPP merancang untuk mengkonfigurasi semula sistem rangkaian bekalan air sedia ada ke daerah SPS untuk mencapai tekanan agihan yang lebih baik dalam tempoh tiga bulan.

BERNAMA

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...