www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pawagam terkhilaf tayang filem seram The Curse of La Llorona, membuat penonton cilik Detective Pikachu trauma

0 month ago, 15-May-2019


Sebuah pawagam di Montreal, Quebec, Kanada membuat kesilapan yang tidak diingini apabila mereka secara tidak sengaja telah tertukar tayangan filem Detective Pikachu dengan filem seram The Curse of La Llorona.

Di dalam pawagam yang dipenuhi penonton terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang hanya ingin mendengar suara Ryan Reynolds dan melihat aksi lucu raksasa-raksasa poket sebaliknya tertonton sesuatu yang berlainan dan ngeri.

Screen Rant

Detective Pikachu merupakan filem daripada siri animasi dan permainan video terkenal Pokmon dari Jepun menemui peminatnya menerusi filem animasi gabungan 3D dan aksi langsung.

Tayangan filem ini telah ditunggu sejak sekian lama apabila aktres Jepun, Ikue ?tani kembali dengan suara Pikachu, bersama gabungan suara aktor Ryan Reynolds, serta banyak lagi watak kegemaran Pokmon yang lain.

Filem The Curse of La Llorona, sebaliknya, adalah filem seram ala Conjuring, berdasarkan legenda cerita rakyat yang menakutkan dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Hakikat sebenar bahawa pawagam malang ini telah terkhilaf menayangkan filem seram kepada sekumpulan kanak-kanak yang merupakan peminat Pikachu.

Warner Bros

Seorang netizen bernama Ryan George sedang berada di pawagam tersebut ketika kejadian telah merakamkan keseluruhan kejadian malang itu di Twitter.

Ketika itu bermula dengan trailer filem seram termasuk Annabelle Comes Home, Childs Play, dan Joker, dan apabila filem itu akhirnya dimainkan, penonton terkejut apabila mendapati Detective Pikachu telah digantikan dengan filemThe Curse of La Llorona.

Pihak pengurusan pawagam menyedari kesilapan mereka dan bertindak dengan segera memindahkan penonton ke pawagam baru, tetapi pada masa itu beberapa orang kanak-kanak sudah menjadi trauma dan mula menangis.

Dan, tambahan kepada kesukaran teknikal petang itu, ketika para penonton telah dipindahkan ke ruang pawagam baru, filem Detective Pikachutelahterhenti seketika pada pertengahan tayangan.

Warner Bros

Kesilapan telah berlaku dan menjadi pengajaran buat pawagam lain untuk berusaha dalam memastikan tiada lagi kekhilafan sebegini akan berlaku lagi ketika tayangan Detective Pikachu yang menjadi filem kegemaran kanak-kanak, atau mana-mana filem mesra keluarga yang lain mahu memulakan tayangan.

Tonton rakaman video di bawah.

pic.twitter.com/brdJQhz3js

Ryan George (@theryangeorge) May 9, 2019

OH MY GOD THEY'RE PLAYING LA LLORANA INSTEAD OF DETECTIVE PIKACHU pic.twitter.com/j4qX6fAf95

Ryan George (@theryangeorge) May 9, 2019

@theryangeorge/Twitter

: @theryangeorge/Twitter , Digital Spy , Screen Rant

Pawagam terkhilaf tayang filem seram The Curse of La Llorona, membuat penonton cilik Detective Pikachu trauma Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts