EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#PAU2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu UMNO Tok Mat

0 month ago, 04-Dec-2019


Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Agenda Melayu Maju hendaklah dijadikan sebagai pemikiran politik baharu untuk UMNO.

Ini kerana katanya, orang Melayu mesti maju dari segi ekonomi, politik, pemikiran, golongan muda, tahap sosial dan pendidika serta budayanya tetapi dalam masa yang sama tetap berakar umbi dalam tingkah laku dan ruang lingkup keunggulan Melayu itu sendiri.

Melayu yang maju ialah Melayu yang kuat jati diri, berilmu, unggul peribadi, akhlak dan budi bahasanya. Melayu yang maju ialah Melayu yang terbuka, yakin dalam pergaulannya untuk bersaing, berkemampuan dan potensinya.

Melayu yang maju malu menjadi penerima tetapi berlumba-lumba dalam memberi. Melayu yang maju, mengembara dan meneroka seantero dunia, bukan hanya jadi juara di desanya sahaja.

Melayu yang maju memimpin yang lemah bukan menjatuhkan yang kuat. Melayu yang maju mengupaya yang memerlukan bukan memanja tanpa sebab. Kita mesti menjadikan UMNO ini segala-galanya tentang kemajuan, gesanya lagi.





Mohamad berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2019 di hadapan kira-kira tiga ribu perwakilan sayap pergerakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan serta barisan ahli jawatankuasa pusat masing-masing.

Turut hadir barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta PAS.

Oleh kerana itulah ulasnya lagi, UMNO mesti menjadi pendorong terbesar untuk kemajuan bangsa Melayu.

Memberikan inspirasi untuk bangsa Melayu berlumba-lumba menjadi bangsa terbaik. Menjadi Ummatan Wasatan, umat contoh, yang sederhana dan berbudaya.

Kita boleh melakukannya seperti mana nenek moyang kita dahulu yang berjaya mendirikan sebuah tamadun Melayu di Nusantara yang kaya dengan khazanah ilmu dan ekonomi, inovasi dan penciptaan cara hidup maju namun tetap Islami.

Maka kita tidak punya alasan untuk menidakkan Agenda Melayu Maju ini, tegasnya lagi. UMNO ONLINE

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...