EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Patung Dan Gambar Penyebab Rumah Tidak Dimasuki Malaikat

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Betul ke patung dan gambar penyebab malaikat tidak memasuki rumah?

Ya, ramai ulama agama telah memesan agar tidak menyimpan patung mahupun gambar-gambar bernyawa di dalam rumah, kerana ia menyebabkan Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah.

Bagi yang kurang jelas, ikuti kupasannya bersama Wanista di bawah.

IKLAN

Umpama Maksiat Yang Keji

Foto Pinterest

Dalam petikan yang dikongsikan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada menyatakan bahawa memiliki patung, gambar dan anjing di dalam rumah umpama maksiat yang keji.

Dan ini dikuatkan lagi dengan perkongsian dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung

Selain itu, Imam al-Nawawi juga pernah berkata menurut para ulama perbuatan meletakkan gambar dalam rumah merupakan maksiat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT.

Bukan itu saja, ada yang menjadikan sebahagian gambar-gambar sebagai sembahan di dalam rumah mereka sendiri.

Banyak Kesan Jika Malaikat Tidak Dapat Memasuki Rumah

Foto House Beautiful

Apabila Malaikat Rahmat tidak dapat memasuki rumah, banyak kesan lain berlaku penghuni dalam rumah tersebut.

Ini antara kesan yang ramai tidak sedar atau tidak tahu:

IKLAN

  • Malaikat tidak masuk ke dalam rumah
  • Malaikat tidak melakukan solat di dalamnya
  • Malaikat tidak meminta keampunan bagi penghuni rumah
  • Malaikat tidak memohon keberkatan
  • Malaikat tidak memohon penghuni rumah dilindungi daripada gangguan syaitan

Adakah Malaikat Hafazah Juga Tidak Memasuki Rumah?

Foto Shutterstock

Untuk pengetahuan semua Malaikat Rahmat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuni rumah, tidak memasuki rumah dek kerana terdapat patung, gambar bernyawa dan anjing di dalamnya.

Tetapi lain pula cerita dengan Malaikat Hafazah, kerana malaikat ini telah ditugaskan untuk mencatat setiap amalan manusia dan tidak akan meninggalkan manusia dalam apa jua keadaan.

Tak Boleh Ada Patung Langsung Ke?

Foto Pinterest

Dalam riwayat yang lain, daripada Abi al-Hayyaj al-Asadi, bahawa Ali bin Talib R.A telah berkata kepadanya: Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah SAW ingatkan aku, bahawa:

Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk. Riwayat Muslim (969)

Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis di atas menunjukkan bahawa patung boleh disimpan dan diguna untuk bermain, asalkan patung tersebut diubah bentuknya agar tidak sama dengan bentuk yang bernyawa (tidak kira patung manusia mahupun haiwan).

Foto Pinterest

Seelok-eloknya, janganlah kamu menyimpan patung-patung dan menggantung gambar-gambar bernyawa di dalam rumah.

Jika ingin dalaman rumah nampak bercahaya, dikelilingi aura positif, dan mahu malaikat rahmat memasuki rumah, maka kamu hendaklah membuang atau mengubah bentuk patung dan menyimpan segala gambar yang ada.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberi manfaat, selamat beramal?

Rujukan: 1, 2,



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...