EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Patenkan jenama Harimau Menangis, ibu Neelofa mohon maaf & beri penjelasan

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Hari ini tular di media sosial mengenai ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini selepas netizen mendakwa beliau telah membuat permohanan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produknya.

Perkara itu membuat warganet berang kerana nama Daging Harimau Menangis telah lama wujud yang digunakan peniaga-peniaga lain selain menyifatkan tindakan tersebut adalah mementingkan diri sendiri.

Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni.

Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021

Crazy on how rich people can simply tindas other small sellers & laugh while they are doing so.

Youre not the pioneer, makcik. Daging Harimau Menangis tu memang nama dia dari dulu. Jadi bila orang lain jual pun, memang itulah nama dia. The taste however, will be different. Haih https://t.co/TcR2bYYJ8R

Nurin (@Nuyenggg) January 13, 2021

Berikutan itu, Noor Kartini memuat naik satu video di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan isu hangat tersebut namun video berkenaan telah dipadam beberapa minit selepas dikongsi.

Menerusi video tersebut, beliau memohon maaf secara terbuka dengan apa yang diperkatakan seperti di dalam video sebelum ini.

Tambahnya lagi, beliau akan lebih berhati-hati selepas ini dalam setiap pertuturan yang disampaikan di media sosial dan berharap agar isu ini tidak dipanjangkan di masa hadapan.

Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada anda semua di atas kata-kata saya tentang daging harimau menangis.
InsyaAllah di masa hadapan saya lebih berhati-hati lagi dengan kata-kata saya dan menjadi seorang muslimah yang lebih baik. InsyaAllah, katanya.

Akaun rasmi Instagram bisnesnya turut memuat naik kenyataan rasmi daripada pihak syarikat untuk menjelaskan mengenai trademark tersebut.

Menerusi kenyataan itu, pihak mereka mengatakan permohanan trademark yang dimaksudkan adalah berkaitan pengayaan, kod warna dan perkataan harimau menangis di bungkusan produk.

Menurutnya, hal ini kerana bertujuaan untuk mengelakkan sebarang penipuan dan mengekalkan keaslian produk makanannya itu.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih mendapat kecaman netizen yang seakan-akan tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan.

Diharapkan pihak syarikat termasuk keluarga Noor Kartini boleh mengambil isu yang berlaku ini sebagai pengajaran di masa hadapan supaya lebih peka dengan setiap pertuturan yang disampaikan.

: Instagram Noor Kartini& Aunty Tini Kitchen



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...