EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Apa Itu Paten?

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Paten adalah sesuatu tindakan yang melindungi sesebuah idea, ciptaan menjadi hak intelek secara mutlak kepada entiti, organisasi atau individu.

Kebiasaannya hak eksklusif ini dilakukan oleh perniagaan dan organisasi besar. Ia bertujuan untuk mengekang dan menghalang pihak lain dari menggunakan harta tersebut sewenangnya. Atau dalam kata mudah, tidak membenarkan mana-mana pihak mengaut keuntungan dan menyalahguna dari paten terbabit.

Ini bermakna pihak yang lain sama sekali tidak dibenarkan menggunakannya dalam semua perkara termasuklah dalam jualan.

Bagi memperolehi hak perlindungan sedemikian:

Pertama Idea yang ingin dipatenkan atau diberi hak pelindungan perlulah tidak digunakan oleh mana-mana orang awam.

Kedua Idea tersebut dapat digunakan dalam mana-mana industri.

Ketiga Hak eksklusif itu bertujuan memastikan hanya individu atau organisasi yang mencipta idea terbabit mengetahui perincian disebalik paten tersebut dalam penggunaan sesuatu bidang.

Perkara yang tidak boleh perolehi hak paten:

  • Berkait dengan penemuan sesebuah teori saintifik mahupun matematik
  • Tumbuhan, binatang dan apa-apa dasar yang melibatkan proses biologi
  • Kaedah perniagaan, permainan atau perbuatan-perbuatan mental
  • Cara rawatan manusia, haiwan seperti diagnosis, pembedahan dan terapi

Bagaimanapun setiap hak paten ini tertakluk dalam tempoh tertentu sahaja. Bagi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengariskan sekurang-kurangnya tempoh pelindungan paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

Jadi apa beza ia dengan Tanda Dagangan dan Reka Bentuk Perindustrian?

Trade mark atau tanda dagangan ini adalah suatu terma yang melindungi produk atau perkhidmatan oleh sesebuah entiti. Ia meliputi logo, huruf, nombor atau gabungan kesemua elemen itu. Dalam kata mudah, kebiasaanya tanda dagangan ini sering dilakukan oleh produk berjenama seperti McDonalds. Untuk memiliki hak tanda dagangan ini sekurang-kurangnya tempoh 10 tahun ia perlu diperbaharui setelah itu.

Sementara itu, reka bentuk perindustrian pula merangkumi rekaan yang terdapat pada sesebuah produk. Iaitu penggunaan rekaan dan warna pada produk tersebut. Sebagai contoh corak tenun, atau rekaan sesebuah objek seperti batik, kereta dan sebagainya. Tempoh hak eksklusif yang disediakan adalah sekurang-kurangnya 25 tahun.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...