EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Alam Ria PASTI 2019 ; PASTI Marang Pamer Bakat Yang Berbeza

0 month ago, 11-Jul-2019

Oleh : Aziz Hambali

MARANG PASTI di seluruh kawasan Marang bakal mempamerkan bakat cilik berbeza pada kali ini bersempena Alam Ria PASTI peringkat Marang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengarah Alam Ria PASTI peringkat Marang, Haji Mohd Fazrull Ismail berkata, pada tahun ini anak-anak PASTI akan menampilkan persembahan yang lebih menarik berbanding pada tahun yang lalu.

Jika tahun lepas PASTI Marang mewakili negeri Terengganu dalam acara Nasyid, Sajak, Bercerita Lelaki dan Kalam Jamaie, kali ini kami mahu lebih daripada ini dengan menampilkan persembahan yang lebih menarik dan tertarik hati juri.

Besar harapan kami agar semua kontinjen seluruh DUN dari kawasan Marang dapat memberikan persembahan yang terbaik seterusnya menambat hati para juri, jelasnya.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Kokurikulum Jabatan PASTI Malaysia berkata demikian ketika ditemui di tapak program, semalam, 10 Julai.

Menurutnya, program Alam Ria ini melibatkan anak kecil seawal usia empat hingga enam tahun yang melibatkan pelbagai acara iaitu kalam jamaie, nasyid, khutbah, pidato, sajak, bercerita, azan dan hafazan.

Kita berdoa dan berharap agar program ini dapat dijalankan dengan sempurna serta berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

Persiapan akhir masih giat dijalankan dengan kerjasama dari semua tenaga terutama penduduk setempat dan pemuda serta warga PASTI sendiri bagi memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna, ujarnya.

Justeru itu, beliau yang mewakili Jabatan PASTI Marang mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bagi melihat sendiri bakat anak-anak PASTI yang bakal ditonjolkan hasil didikan di PASTI.

Kata beliau, program Alam Ria PASTI peringkat Kawasan Marang bagi tahun 2019 yang akan berlangsung pada 20 Julai ini, bertempat di bangunan baru Maahad Tahfiz Al-Busyra, Masjid Pengadang Baru bakal dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Nasir Razak.

Selain daripada itu, gerai jualan berskala kecil bersempena penganjuran Alam Ria ini masih dibuka kepada umum.

Bagi yang berminat boleh hubungi Setiausaha Jabatan PASTI Marang, Nazirul Ismail 013-9498193 untuk urusan tempahan gerai.




Live Website Traffic





www.edisiviral.com