EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pasangan Sejoli, Sama Cantik Sama Padan. Sekitar Majlis Resepsi Wedding Ernie Zakri & Syamel

0 month ago, 03-Apr-2021

Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pengantin baru iaitu penyanyi duet, Ernie Zakri dan Syamel. Majlis diadakan secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat, rakan artis dan kenalan rapat pasangan mempelai.

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 26 Mac 2021 dengan sekali lafaz di Masjid Puncak Alam Selangor. Di majlis berkenaan kelihatan penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza turut hadir bersama pasangannya.

Pengantin perempuan iaitu Ernie Zakri mengenakan busana berwarna putih. Manakala, Syamel kelihatan memakai black bespoke tuxedo yang direka khas oleh pereka fesyen Shanell Harun. Majlis bersejarah buat pasangan pengantin baru ini turut dikendalikan oleh Radin selaku pengacara majlis itu.

Turut kelihatan Dato Sri Siti Nurhaliza dan pasangan iaitu Datuk Khalid Mohammad Jiwa datang ke majlis resepsi pada malam ini. Rata-rata peminat memuji penyanyi nombor satu Malaysia itu kerana sanggup datang ke majlis perkahwinan Ernie dan Syamel dalam keadaan badannya sarat mengandung.

Pasangan ini mengenakan busaan yang disediakan oleh pereka fesyen iaitu Shanell Harun. Untuk pengetahuan anda, pereka fesyen Shanell Harun juga merupakan orang yang bertanggungjawab mempersiapkan Syamel ketika hari pernikahan minggu lalu.

: HotFM, Shanell Harun

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: OHBULAN



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...