EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PASANGAN POLIS NIKAH 10 MINIT KETIKA BERTUGAS

0 month ago, 21-Nov-2020

BAGAN SERAI: Sepasang anggota polis tidak menjadikan pembekuan cuti ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai halangan untuk melangsungkan pernikahan semalam.

Pasangan terbabit, Konstabel Muhamad Adieadha Hamzah, 27, dan Konstabel Nor Edayu Mohamad Lakhin, 29, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian selamat melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Bagan Serai.

Pasangan tersebut melangsungkan pernikahan ketika masih dalam waktu bertugas dan memakai pakaian seragam polis. Pernikahan itu mendapat sokongan daripada pegawai atasan.

Menurut Nor Edayu, selesai majlis pernikahan semalam, mereka kembali kembali bertugas seperti biasa hari ini.

Sebelum majlis pernikahan, saya bertugas seperti biasa dan majlis pernikahan kami mengambil masa tak sampai 10 minit pun.

Walaupun tak meriah, tetapi tidak mengapa, nikah itu perkara yang wajib dan saya bersyukur kerana urusan pernikahan kami dipermudahkan.

Saya teruja memakai uniform polis semasa majlis pernikahan kerana ia pakaian kebanggaan kami, katanya.

Menurut Nor Edayu, majlis pernikahannya tetap diteruskan semalam kerana mereka telah menetapkan tarikh untuk majlis tersebut dengan pejabat agama.

Lagipun kita tidak tahu bila pandemik ini akan berakhir, kalau ditangguh, dan pandemik ini masih ada, takkan kami tak bernikah, katanya.

Nur Edayu yang bertugas di Bahagian Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Kerian berkata, dia terlibat dengan kerja-kerja kebajikan seperti menghantar makanan kepada anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

Ujar Nor Edayu, suaminya bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, dan juga terlibat dalam Op Cantas sepanjang PKPB.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...