EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pasangan Kaki Game Online, Sampai Bila Hubungan Boleh Bertahan

0 month ago, 10-Sep-2020

Pasangan kamu jenis kaki game online, sampai bila kamu nak bertahan?

Wanita mana yang tak stress dengan pasangan yang jenis kaki main game online sampaikan hubungan pun terjejas, jadi sampai bila kamu harus bertahan dalam hubungan sebegini.

Apabila pasangan kamu lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan dalam talian, bila pula masa untuk kamu berdua meluangkan masa?

Ini beberapa faktor yang boleh kamu fikirkan dan lakukan pada pasangan, jika keadaan ini masih berterusan.

Perbincangan Dua Hala

Sebelum bersama dengan si dia kamu memang telah tahu bahawa pasangan kamu memang jenis kaki main game, tetapi apabila telah bersama kamu tidak nampak pun tabiat main game tersebut berubah sebaliknya ia tetap sama atau mungkin jadi lebih teruk.

Foto Near Say

Jika ini berlaku kamu perlu lakukan perbincangan dua hala bersama pasangan dengan luahkan rasa hati yang terpendam selama ini.

Jelaskan dengan terang yang kamu berasa terabai, kerana si dia lebih banyak menghabiskan masa bermain game berbanding meluangkan masa bersama kamu.

Jadual Percintaan

Jangan pelik pula dalam hubungan ada jadual percintaan, kerana jadual ini penting untuk kamu pertahan hubungan bersama pasangan.

Buat jadual percintaan ini bersama pasangan untuk bahagikan hari dan masa yang pasangan kamu boleh habiskan masa bermain game serta meluangkan masa bersama kamu.

Foto Free Stock Photos

Jika pasangan kamu komited mengikut jadual percintaan yang telah dibuat, kemungkinan besar hubungan kamu dan dia dapat bertahan lama.

Tapi jika si dia tidak boleh beri komitmen, mungkin kamu perlu fikir masak-masak sama ada ingin teruskan hubungan ini atau sebaliknya.

Takat Mana Keseriusan Si Dia Dengan Kamu

Jika kamu telah lama berhubungan dengan si dia, tanyakan padanya takat mana keseriusan si dia pada diri kamu dalam hubungan percintaan ini.

Foto Vector Stock

Adakah dia mahu kekal menjadi teman lelaki kamu tanpa memikirkan masa depan atau si dia serius ingin membina mahligai bersama kamu.

Jika kamu tahu tahap keseriusan si dia, secara tidak langsung kamu dapat lihat yang mana satu menjadi keutamaan bagi si dia sama ada game atau kamu.

Jika si dia memilih game, lebih baik kamu cari orang lain dari buang masa dengan pasangan seperti ini.

It Takes Two To Tango

Begitulah intipati yang boleh digambarkan dalam hubungan percintaan. Jika kamu boleh memahami minat si dia yang suka bermain game, si dia juga harus menghargai sikap memahami kamu dan bukannya mengambil kesempatan.

Foto Arkib Wanista

Kamu harus bijak jangan biarkan si dia mengambil kesempatan atas sikap memahami kamu, dengan menghabiskan masa bermain game saja.

Sebaliknya kamu juga harus buat si dia mengetahui apa yang kamu ingin si dia lakukan, seperti meluangkan masa bersama di hujung minggu atau melakukan aktivti outdoor yang menarik bersama kamu.

Magnet Mana Lebih Kuat, Cinta Atau Game?

Selama kamu berhubungan dengan si dia, kamu pasti boleh perhatikan sikap serta tabiat si dia bukan. Jadi sepanjang bersama kamu lihat si dia banyak menghabiskan masa bermain game online berbanding meluangkan masa bersama kamu.

Foto She Knows

Nah di situ kamu dapat lihat bahawa magnet bermain game lebih kuat, berbanding magnet perasaan cintanya pada kamu.

Jika si dia tidak berubah meski telah berbuih nasihat telah diberikan, lebih baik kamu undur diri dan biarkan si dia tenggelam dengan dunia gamenya itu.

Pasangan Yang Bijak Tahu Seimbangkan Antara Hobi Dan Kamu

Penat menghadap pasangan yang menghabiskan masa dengan bermain game, meski keluar dating pun si dia tak lekang dengan game telefon pintar.

Kamu perlu nilai jika si dia pasangan yang bijak, dirinya patut tahu seimbangkan antara hobi bermain game dan menghabiskan masa bersama kamu dan bukannya mengabaikan kamu hingga hubungan menjadi renggang.

Foto India Tv News

Kalau kamu ingin pertahankan hubungan antara kamu dan si dia, fikir-fikirkanlah point-point yang Wanista berikan di atas.

Memanglah kamu sayang dengan si dia, tapi berbaloi ke habiskan masa dan usia kamu untuk orang yang macam ini?

Fikirlah masak-masak, selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...