EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Air Pasang Teluk Likas: Bella Dally Nasihat Penduduk Tempatan

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Pada 13 Januari, negara telah digemparkan dengan berita kejadian air pasang di pesisir Pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut wartawan yang bertugas, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8 malam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh wartawan berkenaan, kelihatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turun padang mengawal lalu lintas di kawasan berhampiran pantai di situ.

[TERKINI] Kejadian air pasang dilaporkan di pesisir Pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi. @501Awani #AirPasang #KotaKinabalu #AWANINews #AWANITerkini pic.twitter.com/bTtoOnw4KF

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) January 13, 2021

Fenomena berkenaan turut mendapat perhatian pelakon Bella Dally yang melahirkan rasa kebimbangannya di laman sosial Instagram.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari rumahnya di Sabah.

Bella juga sempat menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian air pasang, angin kencang dan laut bergelora di perairan Sabah menyebabkan berlakunya limpahan air di pesisir pantai.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Amir Zudi Hashim Amir menggesa orang awam khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran supaya tidak menghampiri kawasan pantai bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

 

daripada: Twitter SMFauzi, Instagram Bella Dally & Harian Metro

Air Pasang Teluk Likas: Bella Dally Nasihat Penduduk Tempatan first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...