EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pasadena Burger Ikonik California Kini Di Malaysia!

0 month ago, 27-Jul-2020

Burger merupakan satu makanan segera yang sering menjadi pilihan apabila kita menginginkan sesuatu makanan yang cepat dan pantas untuk disediakan. Tetapi, pernahkah anda mendengar tentang dipping burger?

Foto Arkib Wanista

Jika anda tidak pernah tahu tentang dipping burger, kini Pasadena Burger adalah satu burger yang menjadi ikonik California yang terkenal dengan burger yang mencelup ke dalam sos-sos yang disediakan untuk dipilih oleh pelanggan.

APA ITU PASADENA BURGER?

Foto Arkib Wanista

Pasadena Burger adalah burger premium baharu yang dilancarkan dalam perkhidmatan talian yang menyatukan rasa dan keju Amerika yang digemari secara tradisional dengan sentuhan daripada Malaysia.

Foto Arkib Wanista

Diilhamkan oleh bandar Pasadena di California, iaitu burger keju yang pertama di dunia, Pasadena Burger menyediakan makanan yang mempunyai rasa burger gourmet klasik.

Perkhidmatan penghantaran burger dalam talian menawarkan bahan-bahan berkualiti premium seperti daging lembu Australia, keju Cheddar dan roti seperti muffin yang didatangkan dengan tiga sos celup yang berbeza dan beraroma seperti Honey Cheese, Cajun Spicy Cheese dan Habanero Southern California Cheese.

Foto Arkib Wanista

Untuk pertama kalinya, penggemar burger oleh merasai keaslian burger California yang luar biasa di Malaysia dengan kotak Pasadena Burger DIY.

Foto Arkib Wanista

Kotak Pasadena Burger DIY terdiri daripada bahan-bahan segar yang dibungkus untuk mengekalkan kelazatannya dalam setiap gigitan seperti:

Foto Arkib Wanista
  • Patty daging lembu Australia yang diperisakan dengan ramuan dan rempah rahsia (250 gram)
  • Salad segar (100 gram)
  • Tomato (100 gram)
  • Bawang segar (100 gram)
  • Bawang karamel dan mentega (100 gram)
  • Jeruk Gherkins (100 gram)
  • Sos Rahsia Burger Pasadena (200 gram)
  • Hirisan keju Amerika (10 gram)

Foto Arkib Wanista

Berdasarkan trend makanan DIY, Pasadena Burger juga didatangkan dengan pilihan untuk dua, empat, enam atau lapan burger yang sesuai untuk dimakan secara berkumpulan. Bahan-bahan burger ini dihantar hingga ke depan pintu dalam packaging yang kedap udara untuk dimasak segar di rumah. Anda juga boleh memesan burger yang telah siap dimasak untuk penghantaran ke rumah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Pasadena Burger, anda boleh melayari laman web rasmiPasadena Burger, Facebook dan Instagram.


SUMBER : wanista.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...