EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Parlimen Thailand tolak desakan pinda Perlembagaan

0 month ago, 20-Nov-2020

Bangkok: Parlimen Thailand menolak desakan kumpulan prodemokrasi untuk meminda Perlembagaan bagi mengurangkan kuasa monarki negara itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa pindaan semula Perlembagaan yang akan melangkaui sebarang tinjauan mengenai hal tadbir monarki, iaitu institusi paling berkuasa di Thailand.

Hala tuju pindaan yang diusulkan oleh kumpulan hak asasi yang disokong penunjuk perasaan bagaimanapun gagal memperoleh cukup sokongan dari Ahli Parlimen.

Susulan Parlimen menolak permintaan melakukan reformasi monarki, kumpulan tunjuk perasaan berjanji untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sehingga semua tuntutan mereka dipenuhi.

Ia termasuk tuntutan supaya Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengundurkan diri dari jawatannya dan perubahan Perlembagaan untuk menjadikannya lebih demokratik.

Keputusan Parlimen dibuat ketika ribuan aktivis antikerajaan mengadakan tunjuk perasaan untuk hari kedua berturut-turut di ibu negara, kelmarin.

Ia sehari selepas berlakunya tunjuk perasaan paling ganas dalam tempoh beberapa tahun lalu, yang mengakibatkan lebih 50 orang cedera.

Tunjuk perasaan berlangsung di hadapan ibu pejabat polis di tengah Bangkok pada Rabu lalu, kerana tidak berpuas hati dengan penggunaan meriam air dan gas pemedih mati terhadap peserta.

"Undian menunjukkan kebanyakan Ahli Parlimen memilih untuk menegakkan kuasa diktator feudal dan mengabaikan tuntutan rakyat.

"Boleh dijangkakan bahawa Perlembagaan baharu yang akan disusun tidak akan mencerminkan kehendak rakyat kerana reformasi monarki tidak akan menjadi sebahagian dari perbincangan oleh jawatankuasa penulisan semula," kata kumpulan Free Youth dalam satu kenyataan.

Gerakan itu mahu Perlembagaan negara dipinda untuk meletakkan monarki di bawah Perlembagaan.

Penganalisis berpandangan bahawa pindaan Perlembagaan tidak mungkin akan memenuhi semua tuntutan penunjuk perasaan.



SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...