EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak untuk bapa,adik

0 month ago, 14-Oct-2021

Ahli Parlimen Labuan didakwa minta kontrak

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat di mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan.

Datuk Rozman yang juga Ketua Whip Parti Warisan Sabah (WARISAN), bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Datuk Rozman sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaaan sebagai Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Kontrak itu bagi Syarikat Liberty Port Management Sdn Bhd, yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, antara jam 2.30 dan 5.30 petang, pada 23 Mac 2018.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin di Semenanjung, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

19 November ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak untuk bapa,adik The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...