EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Parc3, Cheras Apartmen servis mewah, hanya 20 minit ke Kuala Lumpur

0 month ago, 13-Sep-2019

Dengan harga rumah yang kian meningkat sekarang, susah nak jumpa kediaman high-rise pada harga yang berpatutan.

Kalau dekat tengah Pusat Bandaraya, memang susah nak jumpa yang dijual pada harga bawah RM1 juta.

Tapi, tak bermakna korang takde harapan untuk beli rumah.

Projek yang bakal Tok kongsikan ni, hanya terletak kurang 6KM daripada Pusat Bandaraya.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Projek yang Tok maksudkan adalah Parc 3, berlokasi di Cheras, Kuala Lumpur.

Nak lebih tepat lagi, projek ini bertempat betul-betul di belakang Menara PGRM, bersebelahan Taman Rekreasi Ulu Pudu di atas tanah berkeluasan 2.67 ekar.

Parc 3 adalah sebuah pembangunan kediaman high-rise berstatus Leasehold (Pegangan Sementara) di atas tanah berstatus komersial (Commercial), dengan harga permulaan serendah RM489,000.

Dengan menyediakan sebanyak 793 unit kediaman, projek Parc 3 boleh dikira sebagai medium density (berkepadatan sederhana). Korang juga tak perlu risau sebab projek ini dibawah naungan HDA (Housing Development Act).

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021 nanti.

Parc 3 menawarkan 10 jenis susun atur (layout) yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing.

14 jenis layout utama ini terbahagi kepada 29 sub-layout yang terdiri dairpada 1, 2, 3, dan 4 bilik tidur.

Berikut adalah jenis layout yang ditawarkan:

Jenis A3 (686 kaki persegi, 2 bilik, 2 bilik air)

Jenis B1 (749 kaki persegi, 2 bilik, 2 bilik air)

Jenis B2 (865 kaki persegi, 2 bilik, 2 bilik air)

Jenis C1 (865 kaki persegi, 3 bilik, 2 bilik air)

Jenis C2 (931 kaki persegi, 3 bilik, 2 bilik air)

Jenis C5 (1,111 kaki persegi, 3 bilik, 2 bilik air)

Jenis D1 (1,278 kaki persegi, 4 bilik, 2 bilik air)

Jenis D3 (1,470 kaki persegi, 4 bilik, 3 bilik air)

Bagi Tok, ini perkara yang paling menarik tentang Parc 3.

40 fasiliti yang tersedia di sini, terbahagi kepada 3 jenis taman utama:

  • Central Park,
  • Sky Park,
  • The Moonlight Deck.

Tok mulakan dengan Central Park Family Wellness Deck dulu. Central Park Family Wellness Deck ini akan bertempat di Tingkat 7A.

Central Park akan memfokuskan kepada kesihatan dan kesejahteraan keluarga. Dekat sini, semua kemudahan untuk bersenam, taman permainan untuk kanak-kanak, dan macam-macam lagi akan disediakan.

Antara fasiliti yang akan disediakan seperti:

  • Gelanggang badminton,
  • Viewing pavilion,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Ruang berjalan kaki,
  • Sunken patio seats,
  • Ruang barbeku dan tempat berkelah, dan
  • Ruang yoga.

Selain itu juga, akan ada Taman Herba Komuniti sebagai ruang untuk menanam sayur-sayuran, herba, dan rempah ratus. Penduduk Parc 3 digalakkan untuk menanam apa saja tanaman yang mereka mahukan dan menikmati faedah tanaman.

Kita beralih pula kepada Central Park Central Eco Park. Ruang ini pula bertempat di tingkat 8.

Fokus kemudahan yang tersedia di sini adalah menyediakan suasana semulajadi untuk tatapan penduduk di sini. Jadi, boleh datang ke sini untuk lepaskan stress dan tenangkan mental.

Ini senarai kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sini:

  • 50m lap pool,
  • Boardwalk,
  • Wading pool,
  • Pavilion,
  • Shelter,
  • Jacuzzi,
  • Scuplture plaza,
  • Water garden,
  • Seating decks,
  • Viewing deck,
  • Water cascades,
  • Ecowalk, dan
  • Atrium.

Dekat tingkat 23 pula, bertempatnya Sky Park Youth Deck.

Sini pula menjadi tempat untuk berkomunikasi antara penduduk. Kiranya macam tempat khas untuk korang bersosial antara satu sama lain.

Antara kemudahan yang tersedia dekat sini seperti:

  • Seating pocket garden 1,
  • Seating pocket garden 2,
  • Outdoor gym,
  • Hammock garden,
  • Chill-out lounge, dan
  • Sky walkway.

Sky Park Family Deck pula, tertumpu bagi menggalakkan aktiviti berkebun untuk melepaskan stress. Ruang ini akan bertempat di Tingkat 27.

Antara fasiliti yang akan disediakan seperti:

  • Sky game area (dart, lawn dart, chess board),
  • Gardening corner,
  • Kids corner,
  • Reading cove,
  • Chill out zone, dan
  • Social area.

Bertempat di Tingkat 45 pula menjadi lokasi untuk Moonlight Deck.

Korang boleh menikmati udara segar dan pemandangan langit yang indah, sambil berpiknik bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dekat sini, akan tersedia kemudahan seperti:

  • Four senses garden,
  • Entertainment area,
  • Viewing deck,
  • i-Garden,
  • Zen enclave, dan
  • Reflexology path.

Untuk tingkat 7 dan 8, korang akan disediakan dengan Glass House Treeplay. Di sini, rumah pokok (treehouse) setinggi 2-tingkat akan dibina dan menempatkan fasiliti utama. Korang jugak boleh menikmati permandangan yang indah di sini.

Untuk tingkat 25 pula, akan disediakan Glass Dining Treehouse. Antara fasiliti yang disediakan di sini termasuk:

  • Floating gym,
  • Business centre,
  • Celebrity kitchen,
  • Dance hall, dan
  • Function hall.

Sebagai langkah untuk selaraskan gaya hidup digital, penduduk Parc 3 akan mempunyai akses ke aplikasi (app) khas yang memudahkan hidup mereka.

Dengan memuat turun aplikasi Parc 3 New Digital Life ke smartphone atau tablet anda, korang boleh:

  • Bayar bil utiliti,
  • Tempah dan bayar untuk penggunaan fasiliti Parc 3 (seperti Celebrity Kitchen),
  • Cari jalan terbaik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,
  • Akses kepada maklumat berkaitan gaya hidup dan maklumat setempat (local information) dengan pantas dan mudah.

Dengan aplikasi ini juga, korang boleh buat laporan berkaitan isu penyelenggaraan (maintanance issue) dan pastikan masalah itu selesai secepat mungkin.

Korang juga tak perlu risau bab sekuriti bila gunakan aplikasi ini. Ianya dijamin 100% selamat digunakan.

gambar klia2.info

Mudah untuk korang ke mana-mana dari sini ke tempat lain. Ini sebab terdapat pelbagai sambungan lebuhraya yang sudah tersedia.

Antaranya seperti:

  • Terowong SMART,
  • Lebuhraya KL Seremban,
  • Lebuhraya MEX,
  • Lebuhraya BESRAYA (BEE),
  • Lebuhraya KESAS,
  • Lebuhraya Cheras Kajang (atau dikenali juga sebagai Lebuhraya Grand Saga),
  • Lebuhraya SILK, dan
  • MRR2.

Selain sambungan lebuhraya, korang juga ada akses mudah ke jalan raya utama seperti Jalan Loke Yew, Jalan Tun Razak, dan juga Jalan Cheras.

gambar klia2.info

Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses mudah ke kemudahan pengangkutan awam seperti stesen LRT dan juga MRT.

Antara stesen LRT dan MRT yang berdekatan seperti:

  • Stesen MRT Maluri,
  • Stesen MRT Cochrane,
  • Stesen MRT Taman Midah,
  • Stesen MRT Taman Pertama,
  • Stesen MRT Taman Mutiara,
  • Stesen LRT Maluri,
  • Stesen LRT Pandan Jaya,
  • Stesen LRT Miharja,
  • Stesen LRT Chan Sow Lin, dan
  • Stesen LRT Cheras.
gambar tsitd.com

Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan makanan dan minuman dekat sini? Ini pun bukan satu masalah kalau korang menetap dekat sini.

Dekat sini, korang juga ada akses mudah ke pusat membeli-belah yang dekat belaka. Antaranya seperti:

  • IKEA Cheras,
  • MyTOWN Shopping Centre,
  • Sunway Velocity Mall,
  • Cheras Leisure Mall,
  • EkoCheras Mall,
  • AEON Cheras Selatan,
  • AEON Taman Maluri,
  • Giant Hypermarket Cheras,
  • AEON BIG Tun Hussein Onn,
  • AEON Cheras Selatan, dan
  • Tesco Cheras.

Kalau nak keluar jauh sikit, korang boleh sampai ke Mid Valley Megamall atau The Gardens. Dua pusat membeli-belah ini terletak kurang 12KM daripada Cheras. Dekat, kan?

gambar ucsiuniversity.edu.my

Berdekatan dengan Parc 3 juga, terdapat pelbagai pilihan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dekat belaka.

Antara pilihan yang ada seperti:

  • Wawasan Open University,
  • Taylors International School,
  • Universiti UCSI (Taman Connaught),
  • Kolej Teknologi YPC,
  • Cybernetics International College of Technology,
  • Masterskill College of Health Cheras,
  • UKM Medical Molecular Biology Institute,
  • Kolej Reliance.

Antara sekolah yang ada di sini pulak, termasuk:

  • SMK Seri Bintang Smart School,
  • SK Yacoob Latif,
  • SK Cochrane,
  • Kang Ming Pri-School, dan
  • Chin Woo Pri-School.
  • SMK Cheras,
  • SK Seri Cheras,
  • SMK Bandar Tun Hussein Onn 2,
  • SK Bandar Tun Hussein Onn 2,
  • SJK (Cina) Connaught,
  • SJK (Cina) Batu 9,
  • SJK (Cina) Batu 11, dan
  • SK Cheras Indah.
gambar ibanding.com

Ini pun, korang tak perlu risau. Paling dekat korang boleh pergi adalah:

  • Pantai Hospital Ampang,
  • Prince Court Medical Centre,
  • Pantai Hospital Cheras,
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre,
  • Columbia Asia Hospital Cheras.

Pada pendapat personal Tok, Parc 3 adalah projek kediaman high-rise yang baik dan mantap dari pelbagai jenis sudut.

Sambungan lebuhraya juga banyak. Bermakna, mudah untuk korang ke mana-mana yang korang suka. Tambahan pula, kemudahan dan fasiliti banyak yang tersedia dekat sini.

Parc 3 sesuai untuk korang yang bekerja di Pusat Bandaraya, tapi tak mahu bayar harga premium untuk memiliki rumah.

Tok nak kongsikan satu peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah pada 19 Oktober 2019 (hari Sabtu)bersama Abe Nazz dan Amir Kamarudin. Banyak data tentang pasaran hartanah yang korang pasti suka nak tahu.

Sesi Sembang Hartanah ni,confirm100% PERCUMA.Cuma, korang kena daftar cepat sebabTEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK SINI UNTUK TEMPAH DUDUK ANDA SEKARANG


SUMBER : gilahartanah.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com