EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PARALIMPIK: Nur Syaiful tidak lepas ke final

0 month ago, 26-Aug-2021

Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli ketika beraksi pada acara lelaki 200m gaya bebas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Wakil negara dalam acara renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak melepasi peringkat saringan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, sebentar tadi.

Keputusan dalam Saringan 1 itu menyaksikan Nur Syaiful terlepas tiket untuk ke final yang dijadual berlangsung di lokasi sama pada jam 6.52 petang ini.

Empat perenang dari Saringan 1 iaitu Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, Daneil de Faria Dias (Brazil), Dmitrii Cherniaev (Russia) dan Sebastian Rodriguez (Sepanyol) mara ke pusingan seterusnya.

Bertran mencatat masa 2 minit 33.73 saat, 11.43s di depan Faria Dias manakala Cherniaev berada di tempat ketiga dengan catatan 2:48.18s.

| Bharian
............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...