EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

A.I In Love Papar Tentang Kisah Cinta Seorang Influencer Media Sosial

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

terbitan Unit Drama TV RTM, telah menerbitkan sebuah drama pendek rantaian animasi pertama berjudul A.I In Love yang bertemakan cinta, kekeluargaan dan teknologi. Mempunyai empat episod berdurasi 30 minit setiap satu.

Pengarahnya, Nor Ashikin Zainal berkata, drama berkenaan berlatarkan kisahseorang Influencer Media Sosial yang mengalami kecaman sehingga memencilkan dari dunia luar.

Drama ini merupakan cetusan idea oleh mantan Ketua Pengarah RTM yang mahukan sebuah drama cinta urban dan moden. Penerbit dan pengarah drama ini terpanggil untuk menghasilkan suatu kelainan dengan menggabungkan lakonan aksi langsung, animasi dan CGI.

Animasi 2D yang diketengahkan adalah berbentuk Anime yang comel, teknik CGI digunapakai dalam panggilan video Hologram serta kanta lekap Hologram. Semua idea serta konsep ini hanyalah sebagai penambah perasa bagi menampilkan kelainan dalam drama cinta urban ini, ujarnya.

Drama berkenaan mengisahkan tetanus Audria seorang Influencer Media Sosial yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek PROTOTAIP T-SMARTGLASS yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih cinta monyetnya dulu.

Penyamaran Audria sebagai secret admire bernama MISSTECHLOVER (melalui e-mel) dapat dihidu oleh Iskandar melalui puisi-puisi indah yang pernah mereka kongsi dahulu. Pertemuan antara Audria dan Iskandar di alam maya mengembalikan kisah kenangan lalu hingga membibit perasaan cinta.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama berkenaan seperti Janna Nick, Dinni Schatzmann Lia Natalia, Sham Visa, Emelda Rosemila, Hana Mohamed, Keith Foo, Ivan Tai dan Sahee Shamsudin.

Dalam pada itu, Nor Ashikin menjelaskan penggambaran tidak mengambil masa terlalu lama iaitu selama lapan hari pada bulan September 2020 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Cabaran penggambaran dikala pandemik ini membuatkan pengarah mengambil keputusan utk mengurangkan penglibatan ramai pelakon pada satu-satu masa serta mengelakkan banyak babak dilakukan di lokasi tumpuan ramai.

Selain itu, proses yang paling lama adalah pos produksi animasi yang mengambil masa lebih tiga bulan untuk disiapkan, ujarnya.

Drama berkenaan akan mula ditayangkan di TV2 bermula6 Februari ini,pada setiap Sabtu pukul8.30 malam dan TV1 pada 7 Januari pukul 11.05 pagi sebanyak empat episod. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...