EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Papar detik bahagia bersama suami, netizen bitter dengan story Neelofa di IG

0 month ago, 02-Apr-2021

Setiap gerak-geri yang dilakukan usahawan dan selebriti popular Neelofa, pasti menjadi bualan ramai termasuk sepanjang berada Pulau Langkawi atas urusan kerja.

Terbaru, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik video di InstaStory dipercayai sedang melakukan aktiviti jet ski bersama suaminya Haris Ismail turut mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi beberapa rakaman video tersebut, suara wanita dipercayai Neelofa itu menunggang jet ski yang dipandu suaminya sambil merakam keindahan alam semula jadi di lokasi berkenaan.

Seakan-akan tidak berpuas hati, terdapat segelintir warganet mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan memuat naik tangkapan skrin video tersebut.

After using the business trip excuse, she still arrogantly uploaded her travel photos on Instagram. Basically she is saying fuck you marhaen. pic.twitter.com/RpfxHYAnKL

Azmir (@azmirliberty) April 2, 2021

Malah, terdapat juga individu seolah-olah memerli selain bersangka baik bahawa Neelofa mungkin akan membuka cawangan produk minuman Chatime di atas laut.

Korang semua dah tengok kayangan buat site visit untuk bina Kedai Bubble Tea Terapung pertama di dunia?

Tahniah Hajah @Neelofa dan pasangan!
Terima Kasih @PDRMsia atas kerjasama! pic.twitter.com/sxjnXRPBA9

Khairi / SapotVaksin (@khairizulfadhli) April 2, 2021

Sebelum ini, InstaStory usahawan berkenaan yang menaiki kereta kabel turut dipersoalkan apabila netizen mendakwa mungkin dia akan membuka cawangan produk minuman di lokasi ketinggian cable car.

Terdahulu, menerusi laporan media, Neelofa dan suaminya melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah serta Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baru.

Aduh ada saja tak kena di mata netizen! Dah alang-alang sampai lokasi percutian idaman ramai, apa salahnya cuci mata kejap kan?

: Twitter



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...