EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ikut Pantang Larang Tanam Pokok Dalam Pasu Ini Agar Pokok Subur Dan Merimbun

0 month ago, 10-Oct-2021

Container garden sememangnya menjadi pilihan sama ada kepada pemilik yang tinggal di kediaman bertingkat mahupun kediaman biasa seperti teres atau semi-detached. Ia merupakan satu cara yang sangat efektif untuk anda yang ingin menanam pokok di dalam pasu kerana kekangan ruang atau pun untuk memudahkan kerja-kerja berkebun anda. Kini ramai pemilik kediaman yang gemar menanam sayur-sayuran di dalam pasu kerana faktor inginkan sumber sayuran yang dimakan terjamin kebersihannya. Nak menanam sayur juga tidak susah hanya perlu ikuti pantang larang ini untuk mendapatkan pokok yang subur dan merimbun hasilnya.

Baca juga di sini http://www.impiana.my/lepas-ikut-tip-ini-apa-saja-pokok-tanam-dalam-pasu-gerenti-subur/

Jenis Tanaman

Donts

Jangan membeli tumbuhan yang layu atau kelihatan tidak sihat. Ia bukan sahaja merugikan anda, malah mencacatkan container garden anda dan juga membuang masa. Oleh yang demikian, apakah yang seharusnya dilakukan? Membeli tumbuhan di nurseri yang established merupakan langkah yang bijak. Anda bakal memiliki lebih banyak peluang untuk memiliki tanaman yang sihat dan bebas serangan perosak. Ini kerana ia lazimnya ditempatkan di dalam unit storan atau kotak yang selamat dan jauh daripada serangan serangga perosak. Lebih terjaga. Di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan info penting berkenaan tumbuhan yang dibeli daripada pihak terbabit. Usah malu bertanya pada pekerja di nurseri tersebut jika berasa sangsi atau gusar mengenai sesuatu perkara.

 

Tanah

Donts

Usah bergantung pada tanah di laman anda semata-mata. Ini kerana ia tidak disyorkan untuk sebuah container garden yang merimbun dan sihat. Hal ini didorong faktor tanah di taman memiliki tekstur dan kondisi tanah yang kurang berkualiti untuk pasu. Ia sukar mengalirkan air dengan baik dan tidak mempunyai sistem pengudaraan yang sempurna. Malah, tanah tersebut mungkin memiliki kulat spora atau biji benih yang boleh tumbuh dalam pasu anda nanti. Meskipun tanah di laman tampak dalam kondisi baik, namun dengan teksturnya yang kasar dan berat ini akan membantutkan pertumbuhan tanaman container garden. Seharusnya tanah untuk container garden memiliki pengudaraan dan saliran air yang baik sambil tidak melupakan aspek kelembapan yang mencukupi bagi pertumbuhan tanaman container garden. Pilihan media artifisial turut membantu kerana ia lazimnya dimodifikasi untuk tanaman container garden dan memiliki pengaliran udara dan air yang baik.

 

Lokasi

Donts

Elakkan menempatkan container garden di lokasi tertutup seperti garaj atau belakang tembok dan sebagainya. Ini kerana selain menyebabkan kurangnya mendapat pancaran matahari, suhu yang lebih rendah boleh membunuh tanaman tersebut secara perlahan-lahan. Di samping itu, elakkan menempatkan container garden berhampiran dengan sumber kipas atau penyaman udara. Ia boleh mengakibatkan tumbuhan mengalami situasi kekeringan atau kontang seterusnya membantutkan pertumbuhan.

Pemilihan Pasu

Donts

Jangan tersalah pilih saiz pasu kerana ia begitu mempengaruhi pertumbuhan tanaman yang sihat. Banyak kesilapan seperti menanam tumbuhan dalam pasu yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kegagalan container garden anda secara umumnya. Pasu yang dipilih haruslah memiliki ruang mencukupi untuk media dan pertumbuhan akar.

Penyiraman

Donts

Elakkan tanaman container garden daripada kekurangan air. Tumbuhan yang ditempatkan dalam bekas atau pasu kecil lebih kerap memerlukan penyiraman. Ini kerana ia tidak memiliki tanah yang banyak untuk menampung air dan kelembapan berpanjangan. Siram tanaman sehingga kelihatan air turun ke permukaan bawah pasu atau bekas tanaman. Jika tidak, ia hanya basah di permukaan tanah sahaja.

 

Dalam masa yang sama jangan biarkan tanaman anda mengalami situasi over-water iaitu air yang disiram tidak keluar daripada bekas tanaman. Inilah sebabnya mengapa pasu atau bekas tanaman yang berlubang di dasarnya sangat diperlukan bagi membantu air mengalir keluar dan mengelak berlakunya over-water. Situasi ini akan mengundang kekuningan pada daun dan batang pokok mudah dijangkiti bakteria serta penyakit. Jika ini berlaku, alihkan tanaman ke lokasi yang mendapat pancaran matahari secara terus.

 

 

Ikut Pantang Larang Tanam Pokok Dalam Pasu Ini Agar Pokok Subur Dan Merimbun IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...