EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pantang Tok Gajah Menyerah! Sri Pahang Masih Belum Putus Asa

0 month ago, 05-Apr-2021

Hanya satu kemenangan dari enam perlawanan, sudah tentu keadaan tersebut meresahkan pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh untuk memastikan pasukannya tidak terus bergelut di zon penyingkiran.

Skuad Tok Gajah ketika ini berada di kedudukan kedua terakhir Liga Super dan Dollah Salleh melihat agak sukar untuk menaikkan semula moral para pemain bagi menghadapi Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada Selasa ini.

Dollah yang ditemubual Media MFL mengakui situasi musim ini paling mencabar sepanjang kariernya bersama Sri Pahang namun beliau enggan pemain-pemainnya mengibarkan bendera putih sebelum berjuang.

Kini di fikiran Dollah hanya satu iaitu tidak mahu sejarah 10 tahun lalu kembali berulang apabila tersingkir ke saingan Liga Premier dan beliau akan membuat apa sahaja demi memastikan Sri Pahang akan kekal di saingan Liga Super.

So will Pahang now rest Dollah Salleh as they have only won one of the three matches he coached and now about to lose one against Kedah? Real farce, I tell you. Sometimes you can't reason with some management. Patience is never the name of the game here. ??????? #KEDPAH #MSL2021

T. Avineshwaran (@avineshW90) April 2, 2021

Kalau tengok pada pasukan, memang sebelum saya ambil pun sudah nampak dalam keadaan bermasalah dan sekarang dalam fikiran saya hanya tidak mahu pasukan ini jatuh ke Liga Premier, itu Itu sahaja sasaran paling realistik yang saya rasa sesuai buat pasukan dalam masa ini, kata Dollah.

Pemain utama dalam pasukan ini hampir 70 ke 80 peratus telah keluar dan situasi itu sememangnya cukup sukar memandangkan pemain-pemain utama yang kita ada sekarang bukanlah terdiri daripada mereka yang selalu bermain dalam Liga Super.

Selepas itu, pemain import selain Lee Tuck juga tidak banyak membantu yang meletakkan pasukan ini bertambah parah serta sukar bagi cabaran kepada pencabar lain.

Bagaimanapun saya tidak mahu menjadikan itu sebagai satu alasan, kita kena berjuang apa jadi sekali pun dan saya selalu berpesan kepada pemain untuk sentiasa menunjukkan karekter untuk menang biarpun perbandingan Sri Pahang dengan pasukan lain agak jauh.

Aksi-aksi separuh masa kedua bagi perlawanan Liga Super Malaysia 2021 diantara Kedah Darul Aman FC menentang Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium Darul Aman. #KDASRP#LigaSuperMalaysia2021#spfc2021 pic.twitter.com/FCNvzoYNmo

SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) April 2, 2021

Kemenangan tunggal Sri Pahang setakat ini ialah semasa menewaskan Sabah FC, 2-1 di laman sendiri pada perlawanan keempat Liga Super selain satu lagi mata ketika mengikat Melaka United 0-0 di Stadium Hang Jebat selain tumbang dalam empat perlawanan lain.

Gandingan dua penyerang import, Pedro Henrique Oliveira dan Yevhen Bokhashvili dilihat kurang menyengat dengan mereka berdua setakat ini hanya mampu menyumbang satu daripada empat jaringan yang dihasilkan Sri Pahang.

Jangan tunjukkan yang kita lemah dan sudah berputus asa sebelum masuk padang, perkara itu hanya akan membuatkan lawan lagi berasa yakin untuk tewaskan pasukan, katanya.

Berdasarkan statistik, Sri Pahang merupakan pasukan kedua yang menghasilkan gol paling rendah dalam saingan Liga Super musim ini selain rekod pertahanan yang paling mudah dibolosi iaitu 10 gol bersama UiTM FC.

Dalam pada itu, Dollah menjelaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk menggunakan semua pemain tempatan menjelang aksi dengan Terengganu FC tetapi belum melakukan keputusan muktamad.

Goulon tidak boleh diturunkan kerana mendapat kad merah semasa pertemuan dengan Kedah manakala yang lain saya belum buat keputusan muktamad lagi cuma saya rasa mahu menggunakan semua pemain tempatan kali ini, tambahnya lagi.

Saya mahu berikan peluang kepada pemain tempatan dan lihat apa hasilnya, bagaimanapun tengok dahulu sehingga hari esok sebelum saya senaraikan kesebelasan utama.

Kredit Foto: Sri Pahang FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Bola Bola Juga, Solat Jangan Lupa Penyokong Disaran Bawa Sejadah Sendiri Ke Stadium

Shakir Hamzah, Azri Ghani Bakal Angkat Kaki, Tinggalkan Perak?

Chong Yee Fatt Rasa Tekanan, Akui Perak FC Tiada Sentuhan Kreatif



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...