EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Panjang Rupanya Akal Anak Netizen Di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

0 month ago, 22-Nov-2020

Sebelum ini pernah tular group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ di Facebook sehinggakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tahu tentangnya. Sekarang, ada satu group santai yang diberi nama ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini?’ (ASAHI) telah ditubuhkan untuk ibu ayah berkongsi “projek” menyepah anak-anak.

Di samping berkongsi projek dan keletah anak masing-masing, ibu ayah juga boleh belajar tentang perkembangan anak bersama Pediatric Occupational Therapist, Maryam Jamadi. Group ASAHI ini telah mempunyai lebih kurang 148 ribu ahli. Anda pun salah seorang ahli ke?

 

Tujuan utama group ASAHI ditubuhkan adalah untuk ibu ayah berkongsi tentang aktiviti sepahan anak-anak dan isu-isu parenting berdasarkan perspektif terapis kanak-kanak. Menurut Maryam, boleh kata bila ada anak kecil rumah bersepah itu normal terutamanya untuk ibu ayah yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah dan menyatakan fasa ini adalah normal.

Percayalah di sebalik rumah yang bersepah ada anak yang aktif bermain dan mak ayah yang RAJIN MENGEMAS.

Di atas sambutan yang amat menggalakkan, group ini telah menerima banyak posting dari ibu ayah. Namun, hanya yang terpilih sahaja akan disiarkan sebab pihak ASAHI akan menapis posting yang tidak berkaitan. Menurut Maryam lagi, dia berasa gembira dengan sambutan yang diterima dan berharap ibu ayah dapat bersama-sama belajar antara satu sama lain.

Mari kami kongsikan beberapa posting dari ibu ayah antara ‘projek menarik’ yang mungkin membuatkan anda terhibur dengan keletah anak-anak ini.

Ada macam-macam ‘projek’ telah dikongsikan dan ada yang kita yang dewasa ini pun tak pernah terfikir nak buat. Apapun, semoga ibu ayah terus kuat dan gembira melayan anak-anak dirumah. Bila mereka sudah besar nanti akan rindu keletah anak-anak yang banyak akal itu!

Baca juga:

Baru Usia Setahun, Ramai Gilakan Rambut Anak Hanis Zalikha

Baru 2 Tahun, Permata Hati Nora Danish Sudah Pandai Hafal Sifir!

 

 

 

Panjang Rupanya Akal Anak Netizen Di Group 'Anak Sepahkan Apa Hari Ini?' first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my



Live Website Traffic


loading...