EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu Panik Anak Makan Sabun Candy Viral, Ikuti Pesan Doktor Ini Jika Anda Hadapi Perkara Sama!

0 month ago, 14-Jan-2022

Tular dalam kalangan kaum ibu terutamanya mengenai sabun cucian dalam bentuk kapsul comel yang dijual secara meluas menerusi platform membeli-belah dalam talian.

Sabun cucian yang dikenali sebagai laundry condensation beads itu dipasarkan dalam bentuk kiub kecil warna warni yang mirip gula-gula, dan pastinya akan mencuri perhatian anak-anak di rumah.

Advertisement
Sabun candy viral : Google  

Maka tidak hairanlah jika pihak hospital atau klinik ada menerima kes yang melibatkan kanak-kanak tertelan kiub cucian tersebut.

Menerusi sebuah perkongsian seorang doktor di media sosial Twitter, Dr Redza Zainol ada berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit yang menelan kiub cucian berkenaan.

Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh sabun. Meleleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari mulut anak. Panik tak payah cakap.

Tidak memperincikan kes tersebut, Dr Redza menyentuh soal keselamatan dan apa yang perlu dilakukan jika anak-anak termakan kiub pencuci tersebut.

Anak makan apa? Makan sabun candy viral?

Pertama kali dengar sebenarnya.

Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Perh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula! pic.twitter.com/nzwLt7cFhE

— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 7, 2022

Katanya, selain menjauhkan sabun pencuci itu daripada jangkauan anak, perkara pertama perlu dilakukan adalah jangan memaksa si kecil muntah jika tertelan kiub sabun tersebut.

Kalau paksa dia muntahkan sabun itu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun itu boleh masuk ke paru-paru pula.

Basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci itu. Bawa segera ke hospital.

Advertisement

Maklum Dr Redza lagi, sabun yang ditelan akan menghakis lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan dan boleh membawa kepada kecederaan usus.

Ianya juga akan menyebabkan muntah yang teruk, pengsan, hilang kesedaran dan jika terlalu serius boleh menyebabkan anak memerlukan bantuan pernafasan.

Hantaran hamper zaman dahulu
4 jam lalu

Imbau Kenangan, Ini Sebab Orang Dulu-Dulu Bagi Hantaran Macam Hamper Hadiah

Ibu Panik Anak Makan Sabun Candy Viral, Ikuti Pesan Doktor Ini Jika Anda Hadapi Perkara Sama! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...