EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Kau panggil laki aku 'B'?!' - Kantoi curang, isteri simbah tomyam panas atas kepala kekasih suami

0 month ago, 06-Nov-2019


Kes curang bukan kes baru yang terjadi kepada pasangan, lebih-lebih lagi pasangan yang sudah berkahwin. Baik lelaki atau wanita, sudah pasti terluka dengan kecurangan pasangan. Demi anak, mereka sanggup meneruskan perkahwinan walaupun hati sudah hancur. Tetapi, ada juga yang akhirnya memilih jalan penceraian sebagai titik noktah.

Pelbagai kisah di sebalik kes curang, tetapi kisah curang yang terjadi kepada ibu saudara gadis ini mendapat perhatian netizen. Dibaling tomyam! Itu mungkin balasan yang diberikan kepada perempuan yang merampas suaminya.

HARI INI nak cerita tentang Mak Su saya baling semangkuk tomyam dekat perempuan simpanan bekas suami dia. Memandangkan saya tidur  di rumahnya semalam, hari kini dia buka cerita pasal perempuan-perempuan dalam hidup bekas suami dia. Sedih! Tapi kelakar pun ada.

Dia cakap masa tu dia dah tak tahan dah dengan bekas suami dia. Then dia track suami dia. Bekas suaminya kerja polis trafik. So, memang kadang-kadang ada operasi sampai lewat pagi. Tak balik rumah apa semua. Dia faham semua tu.

Tapi selalu bekas suami dia ni balik je, mesti keluar balik. Even masa tu dah lewat pagi. Jadi, dia syak ada something, dia pasang apps tracker kat phone bekas suami dia tu. Cerdik Mak Su aku ni even zaman tu tak secanggih sekarang. Tahun 2006-2007 macam tu.

So first benda dia detect malam tu, bekas suami dia ada dekat hotel. Operasi apa kat hotel kan. Suami dia trafik, bukan JAIS. So malam tu dia nak carilah suami dia tu, bawa anak dia yang sulung tu. Masa tu anak dia baru berusia 7 tahun. Berpusing-pusinglah naik teksi pukul 2 pagi. Dia kata masa tu ada RM50 je. 

Saya ada RM50 je nak naik teksi ni cari suami saya.

Takpe, pakcik tolong kau ikhlas, kita cari suami kau ni.

Dalam tracker tu, location dari hotel tu dah berubah. Ke arah satu kedai ikan bakar. Kiranya masa tu Mak Su aku pun macam failed la sebab tak sempat nak cari bekas suami dia tu kat hotel tu. Diaorang pun bertukar haluan ke kedai makan tu.

Anak dah mengantuk nak balik tidur masa tu. Dalam hati Mak Su aku ni, masa tu dia berdoa, dia cakap Ya Allah kalau betul suami aku curang, kau tunjukkan pada aku ya Allah. Sebab aku dah tak tahan dengan semua ni.

Sampai kedai makan tu, haa nampaklah suami dia tengah lepak dengan seorang perempuan. Jantung dah macam nak pecah dia kata. Dalam keadaan tu dia sabar lagi. Dia pun call suami tu. Lambat-lambat baru dia pickup call.

Ayanggg.... Yang tak habis lagi ke?

Aaaa mmm banyak kerja lagi ni, bekas suami dia jawab.

Dah pukul 2 pagi ayanggg banyak keje lagi ke?

Haaa ada operasi malam ni, budak-budak lumba haram.

Ooo banyak keje lagi. Geram dah masa tu Mak Su aku ni. Padahal time call tu dia nampak je tindak-tanduk husband dia yang duk menipu tu.

Masak kari udang harini, ayang tak balik makan pun.

Takpe awak makan la dulu, pastu tidur dulu. Banyak keje lagi ni nak settle kan. Operasi.

After end call, Mak Su aku dengan anak dia ni pun masuk dalam kedai. Masa tu dari jauh dia nampak ada pelayan siap-siap letak mangkuk atas talam. So takpela, dia menuju ke meja dua orang lovely couple ni tadi.

Assalamualaikum hi... Mak Su aku tegur lembut. 

Ini operasi ayang ye.

Terkejut beruklah suami dia sebab pukul 2 pagi terpacak bini dengan anak dia sekali dekat meja makan tu. Tak terkata apa. Yang gediknya, perempuan tu pula yang kecoh.

Ee. Siapa ni. Kacau lah! B, halau dia ni!

Mak Su aku dah geram. B? Kau panggil Laki aku B? Baby la tu konon?!

Kesian Mak Su aku. I can see her sad face sebab yelah ada perempuan lain panggil suami sendiri B. Kau rasa?

Perempuan tu duk kecoh nak suruh halau Mak Su aku dengan anak dia dari meja tu. Dalam masa yang sama, pelayan datang hantar tomyam kat meja makan. Mak Su aku terus capai mangkuk tomyam tu, dia simbah panas-panas dekat perempuan yang halau dia dengan anak dia tu. Menggelepar perempuan tu. Baju dia basah dengan tomyam.

Bekas suami dia terus berdiri. Suasana dah kecoh dengan perempuan tu menjerit-jerit. Bekas suami dia tak tentu arah la nak tenangkan siapa.

Hah, awk nak tolong dia? Hah tolong, tolong! Mak Su aku cakap dekat bekas suami dia.

Bekas suami dia tak tolong perempuan tu. Terus dia peluk Mak Su aku sambil suruh sabar dan mengucap.

Awak, kenapa awak buat macam ni. Tak malu ke orang tengok....

Hah tahu awak malu? Yang awak tak balik rumah tengok anak bini, keluar dengan perempuan lain, awak tak tahu malu?! jawab Mak Su aku.

Masa tu Mak Su aku cakap dah macam aksi drama dah. Dialog pun dialog drama! Real betul. Nasib baik bukan zaman merakam. Kalau tak, viral dah. Haha. Yang kesian time tu anak dialah. Menangis-nangis tengok mama abah dia gaduh. So bekas suami dia pun terus tarik Mak Su dengan perempuan tu pegi ke arah kereta.

Dia suruh perempuan tu masuk kereta. Tapi punyalah gedik, perempuan tu menangis-nangis peluk suami dia.

Apesal dia ni nak ikut kita?!

Suami dia kata Saya nak hantar dia pergi klinik.

Masa tu Mak Su aku terus nak minta suami dia lepaskan dia. Bekas suami dia cakap tak boleh, sebab dia sayangkan Mak Su aku. So dia orang pun semua sekali masuk kereta, pergi klinik.

Perempuan yang kena simbah tomyam tadi macam nak gila dah menangis-nangis. Sampai kat klinik, perempuan tu turun. Terus Mak Su aku warning bekas suami dia. Kalau dia turun sekali, Mak Su aku tinggalkan dia kat sini. Dia nak bawak balik kereta dia apa semua. So suami dia tak turun kereta.

Mak Su aku tak tahulah apa yang dia bisik-bisik dekat perempuan tu then dia orang gerak. Dalam kereta bekas suami dia tanya kenapa buat macam ni apa semua, kenapa malukan dia. Then bekas suami dia cakap nak kahwin dua. Mak Su aku mengamuklah.

Awak nak kahwin dua? Pendapatan pun tak setara mana! Saya dengan anak-anak pun tak larat tanggung!

Lelaki memang tak pernah sedar diri kan?

Then lepas dah balik tu, akhirnya Mak Su aku solat tahajud apa semua. Minta Allah tenangkan hati. Dia cakap dia bagitahu bekas suami dia yang dia tahu bekas suami dia ada kat hotel sebelum tu.

Tapi saya tak nak tanya apa awak buat dekat hotel dengan perempuan tu. Demi anak-anak, saya maafkan awak.

Kesian Mak Su aku. Sebenarnya cerita ni adalah cerita pertama dia kantoikan suami dia. Tapi sebab dia sayang suami dan anak-anak dia, dia bertahan juga. Lepas tu banyak kali dah benda yang hampir sama jadi lagi. Sampailah satu tahap hati dia dah tawar untuk fight for their marriage. Tapi aku puas hati dia baling tomyam panas tu dekat perempuan tu. Perempuan tu nak buat report polis!

Dia cakap, "Reportlah sebab apa kau kena simbah tomyam tu? Sebab kau menggatal dengan laki orang. Tak tahu malu? Hah, pergilah report."

Perggghhh! Savage maksu aku. Banzai! 

: AinulNunanaa

SUMBER : thereporter.my



Live Website Traffic


loading...