EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Panduan solat sunat Hari Raya Aidil Adha

0 month ago, 13-Aug-2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada suatu hari di waktu petang dengan angin yang sekejap datang dan sekejap pergi. Begitulah lumrah angin. Ada dua orang kawan yang sedang seronok berbual tentang masa hadapan mereka di sebuah taman. Mereka luangkan masa di waktu petang tersebut sebelum masuk waktu berbuka puasa nanti.

Maklumlah mereka puasa sunat Arafah. Sedang rancak mereka berbual, Nazrin mula bertanya dengan kawannya, Fahim.

Kau boleh tolong aku tak? Ajarkan aku cara-cara nak lakukan solat sunat hari raya Adha Adha. Serius, aku lupa wei. Maklumlah solatnya pun setahun sekali kita buat. hehe

Maka, Fahim pun menjawab dengan hati yang tenang kepada kawannya itu,

InsyaAllah boleh sahaja Nazrin. Mari sini aku terangkan satu persatu caranya.

1 Niat Untuk Mendirikan Solat

Lafaz niatnya;

  • Solat Bersendirian

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.

  • Solat Sebagai Makmum

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

  • Solat Sebagai Imam

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.

2 Membaca Doa Iftitah

Sunat membaca doa iftitah.

3 Takbir Sebanyak 7 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih

Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut;

Subhanallahi walhamdulillah walailaha illallah wallahuakbar wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyih azim.

4 Membaca Fatihah Dan Surah Al-Ala

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

5 Rukuk Dan Sujud

Lakukan seperti biasa.

6 Iktidal Dan Berdiri Betul

Lakukan seperti biasa.

7 Takbir Sebanyak 5 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih Sebanyak 4 Kali

Bacaan tasbih sama seperti di atas.

8 Membaca Al-Fatihah Dan Surah Al-Ghasyiyah

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

9 Rukuk, Sujud Dan Membaca Tahiyat Akhir

Lakukan seperti biasa.

10 Memberi Salam

Lakukan seperti biasa.

11 Disunatkan Untuk Terus Bertakbir Dan Berdoa

Disunatkan memulakan takbir Hari Raya Aidiladha mulai malam hari raya (10 Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13 Zulhijjah).

12 Membaca Dua Khutbah

Bagi solat secara berjemaah.

Fahim berkata kepada Nazrin;

Begitulah serba sedikit tatacara solat aidiladha ni, mudah bukan? Kalau kamu risau terlupa rukun-rukun solat ni, lebih baik kamu ikut sahaja bersolat jemaah di masjid atau surau. Pak Imam biasanya akan maklumkan terlebih dahulu tatacara solat ini sebelum memulakan solat. Jangan risau ya, Nazrin.

Raja dengan gembiranya berkata;

Oh, baiklah kalau begitu, terima kasih Fahim. Nanti kalau aku tak balik kampung, dapatlah kita jumpa dekat masjid biasa tu esok ya. Okay lah Fahim. Jom kita pulang, lagipun waktu maghrib nak masuk dah ni. Assalamualaikum.


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com