EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Palestin takkan kompromi godaan ekonomi Arab Saudi, UAE

0 month ago, 15-Sep-2020

GAZA Pemimpin Palestin memberitahu, pihaknya menerima godaan ekonomi dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) supaya bersetuju keputusan terakhir bagi menormalisasikan hubungan dengan negara penjajah Israel.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Majdalani yakin godaan negara Teluk itu adalah dugaan palsu dan dibuat-buat bagi tujuan untuk mengelirukan negara Palestin.

Serentak itu beliau meminta media Palestin untuk tidak mempromosikan pembohongan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan. Pemimpin Palestin tidak dalam posisi untuk berkompromi atau mencari resolusi setengah jalan, katanya mengulas mengenai persoalan sama ada Pihak Berkuasa Palestin menerima langkah normalisasi Arab.

Pada 13 Ogos, UAE dan Israel mengumumkan perjanjian yang terajui AS untuk memulihkan hubungan termasuk membuka pejabat kedutaan di wilayah masing-masing.

Perjanjian damai kontroversi digelar Perjanjian Abraham itu menjadikan UAE sebagai negara ketiga yang menormalkan hubungan dengan Israel selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).

Pihak Berkuasa Palestin dan puak penentang mengecam perjanjian itu, dengan mengatakan ia tidak memenuhi kepentingan Palestin dan mengabaikan hak rakyat Palestin.

Majdalani menegaskan bahawa setiap langkah normalisasi yang dilakukan oleh negara Arab dianggap melanggar konsensus Arab serta perjuangan rakyat Palestin.

Normalisasi Arab-Israel tidak hanya menyokong pendudukan Israel tetapi juga kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS)N, Donald Trump, katanya.

UAE akan menandatangani perjanjian damai baharu di Washington esok. Difahamkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Arab, Mohamed Zayad dijangka akan mengetuai delegasi kedua-dua negara. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

SUMBER : indahnyaislam.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...