EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pakistan beri amaran potensi genosid di Kashmir

0 month ago, 11-Sep-2019



GENEVA, 11 Muharram 1441H, Rabu Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi memaklumkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bahawa kehadiran tentera India di Kashmir, iaitu wilayah yang dihuni majoriti penduduk Islam meningkatkan potensi genosid.

"Saya ragu untuk menyebut perkataan genosid di sini, tetapi saya mesti Rakyat Kashmir di wilayah yang diduduki sebagai warganegara yang mempunyai pelbagai etnik, kaum dan agama menghadapi ancaman serius.

"Kehidupan mereka terancam, cara hidup dan mata pencarian juga tergugat. Mereka terancam dengan rejim pembunuh, misoginistik dan xenofobia," kata beliau.

Bercakap kepada pemberita semalam, Shah Mehmood berkata, beliau melihat tiada kemungkinan berlaku perjanjian antara kedua-dua belah pihak dengan India.

Beliau turut menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Majlis Keselamatan untuk membantu meredakan ketegangan.

"Hari ini lapan juta orang berada dalam penjara, dilucutkan daripada kebebasan politik dan sivil. Dunia tidak boleh berdiam diri," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika India menggunakan beberapa alasan untuk menyerang Pakistan, Islamabad akan bertindak balas.

"Dan kami akan bertindak dengan kekerasan dan anda tidak tahu, kami boleh menjadikannya perang yang tidak disengajakan," katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Kerajaan India memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan yang memberikan autonomi kepada Jammu dan Kashmir. New Delhi mendakwa keputusan itu diperlukan untuk pembangunan ekonomi Kashmir dan membantu memerangi "keganasan."

Perkara 370 yang diperoleh rantau Himalaya itu menjamin hak istimewa kepada negara majoriti muslim itu termasuk hak Perlembagaan dan autonomi sendiri untuk membuat undang-undang kecuali mengenai pertahanan, komunikasi dan hal ehwal asing. Agensi

https://www.ismaweb.net/2019/09/11/pakistan-beri-amaran-potensi-genosid-di-kashmir/

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com