EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pakej Warisan Sejarah Bukit Besi Awal 2020

0 month ago, 28-Nov-2019

KUALA TERENGGANU Pakej pelancongan Warisan Sejarah Bukit Besi sedang dikemas kini akan ditawarkan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu pada awal Januari 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata pakej berkenaan akan bermula dari Bandar Bukit Besi sehingga ke Pasir Raja turut melibatkan sebuah muzium dalam pembinaan sebagai tarikan utama.

(Segala) promosi serta bahan-bahan Muzium Bukit Besi akan dilancarkan, insya-Allah saya dimaklumkan awal Januari 2020.

Bagi diselarikan dengan penyiapan muzim dan pengisian reka bentuk dalaman yang dijangka siap pada bulan Mac 2020, ujar beliau.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14, hari keempat, di Wisma Darul Iman (WDI), pada 27 November.

Katanya, berkait muzim yang dimiliki Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan perbincangan diantara pihak berkenaan dengan kerajaan PAS Terengganu melalui pengarah muzium negeri.

Juga (dengan) agensi pelancongan (yang) sentiasa mempromosikan produk pelancongan Bukit Besi sebagai bandar bersejarah.

Seperti Tasik Puteri Bukit Besi, Kelab Golf Bukit Besi, Bukit Besi Agro Exotic Farm dan Warisan Sejarah Perlombongan Bijih Besi (di) Bukit Besi, ujar beliau.


Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...