EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pakej Kita Selangor 2.0 Bernilai RM551.56 Juta Kini Beri Manfaat Kepada Sekitar 1.6 Juta Rakyat Negeri

0 month ago, 09-Jun-2021

Hari ini (9 Jun) kerajaan negeri Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 memperuntukan 26 inisiatif bernilai RM551.56 juta membantu ekosistem ekonomi warga negeri.

Di bawah inisiatif ini akan memberi manfaat sekitar 1.6 juta penduduk negeri Selangor.

Usaha ini untuk memastikan kebajikan dan kelangsungan kehidupan rakyat negeri terus terjamin. Untuk tujuan itu, kerajaan negeri kini memberi moratorium kepada:

  • 40,000 usahawan HIJRAH
  • 1,300 pelajar graduan 2021
  • 286 pelajar tajaan Yayasan Selangor
  • 2,632 penyewa kediaman PPR
  • 477 peserta Skim Smart Sewa

Tidak hanya itu, akses internet kini dilancarkan di bawah program Data Internet Selangor dengan pemberian subsidi kad SIM kemudahan internet tanpa had kepada 70,000 penerima, ia terdiri daripada :

  • Penjaja Kecil
  • Pelajar
  • Ibu Tunggal
  • Pemandu Teksi
  • Warga Emas
  • Pekerja Ekonomi Gig


SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...