EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pakaian Ardell Dikritik Tidak Sesuai Untuk Seorang Isteri, Ini Respon Padu Dari Ardell..

0 month ago, 11-Oct-2019


GARA-GARA memakai baju tshirt dengan seluar kain pelikat, pelakon Ardell Aryana ditegur seorang warganet yang memintanya tampil lebih kemas selepas bergelar isteri. Warganet tersebut berpendapat penampilan isteri kepada pelakon

Nadzmi Adhwa sebagai pelikk dan jarang dipakai oleh wanita biasa. Pelikk benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Ser4but tengoknya, komen individu yang menggunakan akaun bernama Msdianra_. Ardell telah memadam komen tersebut.


Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, yang membalas komen tersebut menganggap setiap individu mempunyai citarasa dalam berfesyen. Bagaimanapun, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu mengambil tegvran itu secara positif dan akan belajar cara untuk lebih bergaya.

Ardell telah memadam komen tersebut.

Setiap orang itu lain-lain sebab itu saya tulis dekat kapsyen, saya orang yang biasa mungkin tak semolek awak. Untuk suami atau bakal dapat isteri yang molek macam awak. Tak apa saya akan belajar bergaya lagi supaya tak serabut lagi mata sis, katanya.


Dalam pada itu, pelakon Ramona Zamzam turut meninggalkan komen memuji penampilan Ardell yang sentiasa cantik walaupun berpakaian biasa.Menurut Ramona, seseorang itu cantik apabila memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersikap positif seperti Ardell.

Tidak sayang, awak kelihatan elok saja. Kecantikan itu tidak dinilai dengan solekan, kasut tumit tinggi dan baju. Asalkan hati tiada hasad d3engki, sentiasa positif, orang sekeliling awak bahagia dan sudah cukup untuk buat seseorang itu cantik.

Ardell dan Nadzmi bernikah pada 1 September lalu.

Dan itulah anda, biasa-biasa itu la yang lebih cantik. Jadi diri sendiri awak cantik, tulisnya. Sebelum ini, Ardell pernah dikec4m selepas video dia mengigil ketika disarungkan cincin pada hari pernikahannya awal September lalu.

Nadzmi sebagai suami tampil menjelaskan kejadian yang ditonton orang ramai itu berlaku disebabkan isterinya mempunyai mas4lah kebimbangan melampau serta kemurvngan yang terus dan kini masih dalam rawatan. 

Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali satu sama lain. 

: mStar Online



Live Website Traffic


loading...