EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak pakai pelitup muka, Tajuddin Rahman dikompaun RM1,500

0 month ago, 09-Jun-2021

DATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media 25 Mei lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dikompaun RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Mohamad Zainal, pihak Pejabat Peguam Negara sudah mengembalikan kertas siasatan berkaitan pelanggaran SOP oleh Tajuddin itu, semalam.

Pejabat Peguam Negara memutuskan mengenakan kompaun RM1,500 ke atas beliau kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Tindakan itu selepas beliau gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT KLCC seperti disyaratkan dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa, katanya.

Baca artikel berkaitan: Tajuddin Rahman tampil ke IPD Dang Wangi petang ini

Tajuddin disiasat tak pakai pelitup muka

Tajuddin mengadakan sidang media itu selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC.

Beliau menarik perhatian netizen apabila dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Mohamad Zainal berkata, tawaran kompaun sebanyak RM1,500 itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...