EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pakai baju hitam: Pemuda MCA mahu Nazri dipecat

33 month ago, 05-Mar-2018

Pakai baju hitam: Pemuda MCA mahu Nazri dipecat
Chee Hiong (duduk, dua kanan) ketika mengadakan sidang media, semalam.
(Ubah saiz teks)
SUNGAI PETANI - Pemuda MCA Kedah menggesa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipecat kerana tidak menghormati masyarakat Tionghoa.

Ketuanya, Tan Chee Hiong berkata, tindakan Nazri sebagai penganjur mengenakan baju hitam sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2018 di Amanjaya Mall didakwa sengaja melanggar pantang larang masyarakat Cina.

"Semua orang tahu kalau nak pakai baju merah atau lain tak apa tetapi hitam melambangkan tidak bernasib baik dan tindakan ini dianggap tidak menghormati acara ini," katanya pada sidang media selepas acara itu berakhir semalam.

Menurutnya, sekiranya seorang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak mengetahui budaya masyarakat lain, sepatutnya beliau tidak layak menjawat jawatan itu.
"Kami harap dia dipecat," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir merasmikan majlis tersebut bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dan Nazri mewakili Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai penganjur bersama Kerajaan Negeri Kedah.

Nazri dilihat mengenakan baju hitam sepanjang acara itu berlansung.





Live Website Traffic


loading...