EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak Pakai Bra Banyak Kebaikan Kesihatan

0 month ago, 15-Sep-2020

Bila tidur anda pakai bra atau tanggal?

Tahukah kekerapan memakai bra hanya akan menyebabkan bentuk payudara tidak cantik? Memang diakui pemakaian bra dianggap sebagai keperluan bagi wanita, dan akan menimbulkan rasa janggal jika tidak memakainya.

Namun tidak memakai bra tidak dinafikan lebih mendatangkan manfaat kesihatan.

Kualiti Tidur

Siapa tidur pakai bra, kamu memang pelik! Pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak.

Foto Boldsky

Menanggalkan bra ketika ingin tidur dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur, di mana anda rasa lebih selesa dan nyenyak.

Saluran Limfa

Bila anda memutuskan untuk tidak memakai bra, ia dapat meningkatkan fungi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara.Ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada.

Foto Pinterest

Peredaran Darah

Bila seharian memakai bra, confirm akan terasa seperti menyesakkan bahagian dada. Lagi pula jika memakai bra jenis push-up atau saiznya yang agak kecil untuk anda.

Foto Elite Daily

Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dinding dada,sekaligus menyebabkan kesakitan otot belakang badan.

Jadi bila tidak memakai bra, ia dapat meningkatkan fungi peredaran darah menjadi lebih baik.

Kulit Payudara

Kerap memakai bra cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara.

Bila situasi ini terjadi mulalah timbulnya jerawat atau bintik-bintik. Hal ini kerana pori-pori sekitar payudara tersumbat danmenimbulkan masalah kerengsaan kulit.

Foto Plastic Surgeons

Kerengsaan kulit yang berlakuboleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit.

Bentuk Payudara Lebih Cantik

Bertentangan dengan apa yang mungkin kita percayai, tidak memakai bra tidak menyebabkan payudara anda kendur.

Di mana pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi malas dan kesannya payudara kelihatan kendur dan tidak anjal.

Foto Telegraf

Hasil kajian mendapati wanita yang tidak memakai bra miliki payudara yang lebih anjal berbanding yang kebap memakainya. Malah,tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.

Sebagai permulaan, anda boleh cuba di rumah. Bayangkan seharian di luar memakai bra dan balik rumah terus tanggal. Rasa nyaman tak terkata.

RUJUKAN :1,2


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...