EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Adun PAS Pahang Derma 10 Peratus Gaji Selama 3 Bulan Ke Akaun Amanah Bencana Pahang

0 month ago, 19-Nov-2020


KUANTAN -
 Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Pahang setuju gaji mereka dipotong sebanyak 10 peratus untuk disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana Pahang selama tiga bulan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, bantuan kecil itu diharap dapat membantu golongan yang terkesan bukan sahaja akibat pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi bencana lain yang berlaku.

Beliau yang merupakan ADUN Beserah berkata, langkah itu diambil seiring dengan keputusan Exco Kerajaan Negeri yang mengambil langkah sama sebelum ini.

"Saya menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Akaun Amanah Bencana Pahang bagi membantu rakyat yang terjejas.

"Terima kasih juga kepada penjawat awam turut sama membuat potongan gaji untuk disalurkan ke akaun ini," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Pahang 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Selain Andansura, tujuh lagi ADUN Pas di Pahang ialah Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur), Mohd Sofian Abd Jalil (Luit), Mohd Tarmizi Yahaya (Panching), Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Tahan), Mujibur Rahman Ishak (Chenor), Shahril Azman Abdul Halim (Jengka) dan Zuridan Mohd Daud (Damak).




SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...